PMI Muhyiddin umum Pemulih bernilai RM150 bilion
05:06 Jun 29, 2021  |  By SabahKini2
PMI Muhyiddin umum Pemulih bernilai RM150 bilion

Muhyiddin berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara, kerajaan telah melaksanakan tujuh program bantuan dan pakej rangsangan dengani nilai keseluruhan berjumlah RM380 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang diberi nama Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Beliau berkata, ia merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

“Pemulih bertujuan untuk memberikan bantuan secara menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi,” katanya semasa mengumumkan Pemulih yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara, kerajaan telah melaksanakan tujuh program bantuan dan pakej rangsangan dengani nilai keseluruhan berjumlah RM380 bilion.

“Setakat ini lebih RM200 bilion telah disalurkan dan memberi manfaat kepada kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan.

“Belanjawan 2021 pula bernilai RM322.5 bilion dan masih berbaki RM100 bilion untuk dibelanjakan sehingga hujung tahun ini,” katanya.

UCAPAN PENUH BOLEH DIBACA

RINGKASAN SLIDE 

SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA

 

Comment