Kelonggaran SOP: Kerajaan pusat perlu hormati keputusan Kerajaan Sabah.
15:06 Jun 30, 2021  |  By SabahKini2
Kelonggaran SOP: Kerajaan pusat perlu hormati keputusan Kerajaan Sabah.

Kerajaan Sabah sudah ambil segala pertimbangan. Bukan kali pertama kelonggaran SOP. Kes jangkitan COVID-19 harian bagi negeri Sabah juga berada di bawah angka yang rendah dan proses untuk memberikan vaksin kepada penduduk juga sedang dipergiatkan sekarang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Raime Unggi menyokong keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk melaksanakan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 di mana beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi dalam pelaksanaan PPN Fasa 1 Sabah

Kerajaan negeri sudah mengambil kira dan pertimbangan dalam pelbagai faktor dan aspek sebelum pengumuman itu dibuat. Perakuan SOP juga telah diputus sebulat suara oleh jawatankuasa pengurusan bencana Covid-19 Sabah yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri.

Sekalipun sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 Sabah namun Kerajaan Sabah meneruskan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selain kebenaran ziarah hari raya dan sebagainya. Oleh itu kelonggaran SOP yang terbaru termasuk makan di restoran atau kedai makan, aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal selain aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot bukanlah sesuatu yang baharu. 

Lagipun katanya kerajaan sudah melaksanakan perintah kawalan pergerakan ini sudah terlalu lama dan pastinya turut memberikan kesan kepada mental dan ekonomi yang negatif kepada rakyat Sabah.

“Kes jangkitan COVID-19 harian bagi negeri Sabah juga berada di bawah angka yang rendah dan proses untuk memberikan vaksin kepada penduduk juga sedang dipergiatkan sekarang.

Jadi saya mohon Kerajaan pusat untuk menghormati dan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sabah' katanya

Walau bagaimanapun keputusan itu perlu disokong dengan tanggungjawab kata Raime lagi

“ Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama iaitu memastikan segala perintah SOP yang lain dituruti dengan semaksimum mungkin”

“ Jangan pula kita alpa dengan kebenaran yang dibuat, yang akhirnya menyebabkan kes meningkat semula di negeri kita dan kita dikenakan perintah pergerakan penuh “ total lockdown” sekali lagi”

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerajaan untuk menekankan aspek penguatkuasaan di sempadan serta kemasukan pengembara luar ke Sabah

“Saya juga menyeru agar pintu sempadan, kemasukan pengembara luar ke negeri ini turut diberikan perhatian serius terutama yang membabitkan kemasukan pengembara dari kawasan yang berisiko tinggi kerana kita perlu mengawal kemasukan mereka juga”

Jadi saya tekankan sekali lagi, saya menyokong pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah serta turut menyeru kerjasama rakyat untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta daftarlah segera untuk mendapatkan vaksin katanya lagi.

8 Comments