COVID-19: PKPD di beberapa mukim Selangor, Kuala Lumpur
19:07 Jul 01, 2021  |  By SabahKini2
COVID-19: PKPD di beberapa mukim Selangor, Kuala Lumpur

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan tinggi, dengan Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900. Hari ini saja 2800 kes!

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula Sabtu ini sehingga 16 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan tinggi, dengan Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900.

"Kuala Lumpur merekodkan purata kes harian antara 600 ke 1,000 kes.

"Semua daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Situasi ini membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK)," katanya.

 

4 Comments