[VIDEO] Ketua Parti Amanah Keningau bangga menderma tapi hina rakyat susah, miskin
16:07 Jul 04, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Ketua Parti Amanah Keningau bangga menderma tapi hina rakyat susah, miskin

Sambil menderma sambil menghina rakyat susah yang mahu mendapatkan bantuan. Malah semua dimalukan dikhalayak ramai. Ketua PAN bangga sambil memarahi rakyat yang meminta bantuan.

 

Tular baru-baru ini di media sosial mengenai seorang penderma atau Ketua Parti Amanah Negara (PAN) Ustaz Hisamuddin Sulaiman yang memberikan sumbangan kepada penduduk, namun video sumbangannya itu menerima reaksi negatif daripada netizen yang menontonnya.

Kebiasaannya, seseorang yang memberi bantuan, derma atau sumbangan, tidak akan sama sekali melontarkan kata-kata yang tidak sewajarnya terhadap golongan yang menerima bantuan tersebut demi menjaga hati mereka. Tetapi berbeza dengan Ketua Parti Amanah itu.

"Dah dapat, kamu kata belum dapat. NGO lain sudah bagi kamu, okay lah. Ramai lagi yang susah... Saya bantu kamu semua ini ibu-ibu, saya tidak ada kepentingan sama kamu. Kamu tidak boleh mengundi, betul? Tidak ada IC betul? Kalau kerana nak undi, saya cari orang tempatan lah.

"Ini live ni bang, saya pakai mic ni, live ni. Saya cari orang tempatan kalau mahu undi. Tapi ini bagi (sumbang) sebab kasih sayang. Kena faham ini, kasih sayang sama kamu.

"Saya bukan nak jadi YB, bukan kerajaan, ini persendirian saya buat. Ibu bayangkan, beras ini RM27 campur ini lebih kurang RM50. Kalau hari ini saja RM20, berapa ratus ringgit? RM500 kan? Bukan RM500 ibu, ribu sudah duit.

"Tadi kau bilang kau solat, bahasa Arab lah, mana boleh bahasa Melayu. Saya guru agama bang, ini hafiz Quran ni (menunjuk kepada perakam video). Abang nak suruh dia baca surah apa?" soalnya yang kemudian meminta lelaki itu membaca Doa Qunut.

Lelaki berkenaan akur dan membaca Doa Qunut, tetapi tidak lama selepas itu dia berkata, "Salah bang. Kalau saya tanya Qunut Nazilah lagi berat, haa..". katanya di dalam video yang tular itu.

Ramai netizen memberi komen Hisammuddin Sulaiman  Ketua Parti Amanah Negara (PAN) bawah pimpinan Mohamad Sabu, tidak wajar bersikap sombong riak berkenaan.

Sementara itu seorang pendakwah lain dalam laman youtubenya  turut tidak bersetuju dengan tindakan Hisammuddin Sulaiman .

Menurut Ustaz Syihabudin Ahmad pertuturan percakapan kita kena jaga. Jangan kita main sembur kata pada orang. Mungkinlah orang ini kata benda ini remeh saja pun. Tapi kita tak tahu di sisi Allah. Takut ia sangat-sangat berat.

"Rasulullah SAW mengingatkan kita:

"Seseorang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun." - Hadis Sahih, Riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad.

"Pendakwah, jagalah kata-kata kita. Jangan ingat orang yang datang meminta pertolongan kita lebih hina daripada kita atau kita boleh buat apa saja pada dia. Boleh jadi mereka itu lebih mulia di sisi Allah berbanding diri kita. Jaga adab kita sesama kita, jaga adab kita dengan orang miskin.

 

"Apabila kita bantu mereka, bantu dengan sesungguhnya. Tak perlu sebut saya tak ada kepentingan ke, saya nak bagi ni bukan sebab nak jadi YB ke, tak perlu. Bahkan tak perlu nak audit amal soleh mereka nak tanya hang solat ke tidak. Bahkan ditanya sifat solat yang betul kepada orang yangg tak tahu.

"Saya fikir, ini satu bentuk pembulian. Awak solat lima waktu, tambah dengan solat Dhuha, anak awak hafiz Al-Quran, anak awak pergi Mekah berkali-kali, itu bukan alasan untuk merendahkan orang lain," katanya.

18 Comments