Grant Thornton curi hasil balak SFI tapi gaji pekerja tak dibayar! Kerajaan Sabah, SPRM digesa siasat GTC
16:07 Jul 06, 2021  |  By SabahKini2
Grant Thornton curi hasil balak SFI tapi gaji pekerja tak dibayar! Kerajaan Sabah, SPRM digesa siasat GTC

Masalah Gaji SFI datang lagi!. Dulu masalah Kerajaan Warisan, GTC dan Lee Man Paper disaman PPSB.Kini GTC syarikat Receiver yang mengurus SFI tak bayar gaji. Balak dan hasil SFI diambil tetapi kebajikan pekerja diabaikan mengikut Akta Pekerjaan 1955.

Semalam sekali lagi Kerajaan GRS menjadi sasaran susulan kegagalan Syarikat Sabah Forest Industries (SFI) tidak membayar lagi lebih tiga bulan kepada pekerjanya.

Terbaru Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak campur tangan kerajaan dalam kes gaji tidak dibayar atau pekerja diberhentikan secara tidak adil oleh SFI.

Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, kerajaan perlu lebih peka dan sensitif terhadap sebarang perubahan dasar atau amalan syarikat dalam keadaan luar biasa serta tidak dijangka ini.

“Kerajaan perlu membantu mengekalkan pekerjaan dengan memberi pelbagai insentif kepada majikan dan pekerja,” katanya dalam kenyataan.

 

Mengapa MTUC, Pekerja dan Geng Warisan tidak menyerang GTC? Dulu mereka juga yang demo
Mengapa Pemimpin Warisan yang lantik berurusniaga dengan GTC dulu tak persoalkan tindakan GTC?
GTC pengurus SFI. Duit berjuta masuk tapi tak bayar gaji..

Kes pekerja Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) yang tidak dibayar gaji selama tiga bulan di Sipitang, Sabah menyebabkan mereka terpaksa mengibarkan bendera putih semalam untuk mendapat perhatian kerajaan.

“MTUC mengutuk langkah pengurusan membiarkan pekerja tanpa gaji selama tiga bulan dan tiada inisiatif untuk menyelesaikannya.

Inilah kesan penyelesaian Warisan sebelum ini yang akhirnya menyusahkan semua pihak.

Sabahkini2 sejak julai 2019 telah mendedahkan isu Sabah Forest Industries (SFI) ini sehingga lebih 1000 pekerja dan keluarga SFI tidak dibayar ketika itu. Dan terbaru sekali lagi isu SFI berkumandang semula.

Paling mudah sekarang menyalahkan kerajaan GRS kerana kononnya tidak membantu wal hal ada isu lain lebih utama iaitu tindakan Grand Thorton Consulting Sdn Bhd (GTC)

[ARTIKEL BERKAITAN- Jual SFI kepada syarikat China gagal, gaji tidak dibayar kini Menteri GRS perlu selesaikan ]

Jual SFI kepada syarikat China gagal, gaji tidak dibayar kini Menteri GRS perlu selesaikan
Ke mana ADUN Warisan (Sindumin) yang juga bekas Menteri Warisan terlibat deal dengan syarikat
China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd (L&M) ini?. 


Isu SFI salah Grant Thornton Consulting Sdn Bhd (GTC) sebagai Receiver & Manager (R&M)

Isu pemilikan Sabah Forest Industries (SFI) sepatutnya selesai pada tahun 2018 malangnya berlarutan sehingga sekarang selepas kes dibicarakan di mahkamah ditangguh beberapa kali. Amat pasti tiada jaminan krisis selesai dalam tempoh terdekat.

Semua ini bermula kerana kegagalan kerajaan Warisan, Shafie Apdal dan GTC curang dibelakang Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) walaupun PPSB sudah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan kerajaan Sabah yang lama untuk mengambilalih SFI dengan harga RM1.2 bilion.

PPSB telah membuktikan komitmen terhadap perjanjian jual beli (SPA) yang telah ditandatangani pada April 2018 dengan membayar deposit sebanyak 10 peratus atau RM120 juta. Selain  telah membayar sepenuhnya gaji kakitangan SFI sejak Mac 2018, termasuk RM23.1 juta dari Januari hingga Mac tahun 2019.

Kerajaan Sabah memegang 2% saham di SFI dan enggan mengeluarkan lesen kayu kepada Pelangi Prestasi, yang memperoleh 98% kepentingan dalam syarikat kilang kertas dari pengeluar pulpa dan kertas Ballapur Industries Ltd yang berpangkalan di India pada April 2018 

Perjanjian itu membolehkan firma Syed Mokhtar mengendalikan SFI, termasuk semua aset, pemilik tanah dan lesen pembalakan. Ia termasuk menguruskan ladang hutan 712,000 ekar di mana 683,000 ekar di bawah konsesi 99 tahun yang diberikan oleh kerajaan Sabah pada tahun 1996, manakala selebihnya dimiliki oleh SFI.

Sebaliknya, kerajaan Warisan memperkenalkan terma-terma baru yang berlainan dengan perjanjian asal termasuk berpakat dengan syarikat administrasi yang mengurus SFI, Grant Thornton Consulting Sdn Bhd (GTC) menyingkirkan Syarikat pembeli SFI iaitu Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB). 

Semuanya demi membawa syarikat dari China, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd (L&M), untuk membeli SFI yang secara terang telah menyalahi SPA yang ditandatangani antara PPSB dan kerajaan Sabah pada tahun 2018.

[ARTIKEL BERKAITAN- Demi syarikat China, Lee Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji!]

Demi syarikat China, Lee  Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji!


Sekarang salah siapa? Ini semua salah Grant Thorton Consulting Sdn Bhd (GTC)!.

Mereka yang menguruskan SFI sekarang. GTS bertanggungjawab terhadap maybank yang melantik mereka tetapi sebagai administrasi atau Receiver & Manager (R&M) mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan gaji syarikat. GTC juga tertakluk dibawah Akta Pekerjaan 1955 dan jika di Sabah bab 67 Ordinan Buruh 

GTC  tidak boleh lari daripada undang-undang. Mereka tidak  boleh mengutamakan keuntungan bayaran konsultan semata-mata. Kebodohan dan sikap tamak mereka akhirnya menyebabkan pekerja kilang SFI derita.

Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja Sabah wajar mengambil tindakan tegas terhadap GTC. GTC setakat ini bergoyang kaki dan membiarkan seolah-olah Kerajaan Sabah yang bersalah. 

GTC di Malaysia diketuai oleh Dato’ Narendrakumar A/L Chunilal Rugnath sebagai Pengarah Urusannya selaku pemegang saham syarikat terbesar dan Ahli Lembaga Pengarahnya ialah Hooi Kok Mun, Foo Lai-Don Geoffrey, Mohamad Nasir Bin Baharom, Lai Chee Chuen dan anaknya Kishan Narendra Jasani.

Setakat sehingga 31 Disember 2019 syarikat itu tidak pernah menghantar audit akaun mereka kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Persoalannya mengapa GTC tidak membayar gaji pekerja SFI?

GTC yang menguruskan SFI mempunyai ladang hutan 683,000 ekar di bawah konsesi 99 tahun. Sangat mencurigakan Kerajaan Sabah telah memberikan kebenaran kepada SFI meneruskan operasi pembalakan secara minimum bagi menampung kos tertentu di bawah kendalian GTC sebagai Receiver & Manager  namun gaji pekerja tidak dibayar.

Persoalannya di manakah semua wang hasil pendapatan SFI itu?

Mei tahun ini sejajar keputusan Kerajaan Sabah, Ketua Konservatori Jabatan Perhutanan Sabah Frederick Kugan berkata kabinet negeri telah membuat keputusan pada 5 Mei lalu untuk membatalkan lesen konsesi pembalakan Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI). Ada sesUatu yang tidak kena pada GTC dan SFI! Mereka rembat hasil balak tetapi masalah pekerja lebih rumit. 

Datuk Seri Safar Untung Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum ini diarahkan oleh Kerajaan Warisan menyelesaikan gaji SFI pastinya lebih tahu Skandal GTC dan Lee & Man Paper Manufacturing Ltd yang menyebabkan mereka disaman oleh PPSB. 

Dengan desakan pekerja SFI, Persatuan Pekerja Sabah dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) media dan juga pemimpin Warisan, Kerajaan Sabah wajar menyiasat Grant Thornton Consulting Sdn Bhd (GTC) sebagai Receiver & Manager (R&M). Apa mereka buat sebenarnya? Ke mana wang hasil operasi SFI sehingga gaji pekerja gagal dibayar dan akhirnya rakyat menuduh Kerajaan GRS yang salah!.

Kerajaan Sabah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga wajar menyiasat jika urusan pembelian PPSB dan Lee & Man Paper Manufacturing Ltd mempunyai unsur rasuah komisen atau salah guna kuasa. Berapa agaknya komitmen telah dibayar oleh Lee & Man Paper Manufacturing kepada GTC dan Pemimpin Warisan? Mana mungkin GTC dan Warisan berani menyingkirkan PPSB jika tidak ada tawaran menarik. 

Rakyat Sabah mahu tahu mengapa GTC berdiam diri isu pembayaran gaji? Tindakan tegas perlu diambil kepada GTC. Menteri berkaitan pekerja jangan diam. Lawan gasak sampai GTC membayar gaji pekerja.

 

 

 

 

 

 

 

 

5 Comments