Wilfred Bumburing PCS pernah terima wang RM 1 juta daripada Ku Li
12:01 Jan 26, 2018  |  By SabahKini2
Wilfred Bumburing  PCS pernah terima wang RM 1 juta daripada Ku Li

Akrab satu ketika

Wilfred Bumburing juga pernah menerima wang RM 1 juta daripada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam pilihanraya lalu

KOTA KINABALU: Selepas Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Wilfred Bumburing mengkritik Gabungan Sabah (GS) sebagai parti Mesra BN Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Datuk Jeffrey Kitingan pula menegur Wilfred Bumburing supaya lebih jujur dan ketepikan isu remeh dan naratif politik tidak betul jika mereka benar-benar mahu berjuang untuk Sabah.

Beliau berkata tuduhan itu tidak berasas kerana pimpinan Gabungan terdiri daripada ahli politik yang matang dan bukannya orang tidak berpengalaman yang baru keluar hutan untuk mencari kekayaan melalui politik.

“Ini hipokrasi mental dan kecetekan fikiran jenis apa? Nampaknya PCS, yang tidak membawa isu penting, dan takut pada Gabungan, tidak habis-habis bercakap tentang naratif tidak betul itu,” kata Adun Bingkor itu.

“Saya berusaha menghidupkan semula hak dan autonomi Sabah sejak 40 tahun lalu dengan berbincang bersama pemimpin-mimpin negeri dan nasional, termasuk bertemu perdana menteri dan membentangkan pandangan di forum anjuran Universiti Malaysia Sabah yang dipengerusikan oleh (menteri luar negeri) Datuk Seri Anifah Aman. Itu bagi saya langkah ke arah yang betul, tanda kematangan politik.

“Seorang pemimpin berpengalaman patut boleh berbincang dengan semua pihak, termasuk musuh-musuhnya. Sebagai seorang wakil rakyat, dia perlu boleh tangani dan melibatkan diri dengan pemimpin lain tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan. Di Dewan Undangan Negeri, kami, termasuk (presiden PCS) Datuk Wilfred Bumburing, berinteraksi dan bergesel bahu dengan menteri-menteri untuk menyelesaikan masalah rakyat. Adakah itu menjadikan kami ejen BN?”

Beliau menjawab dakwaan terbaharu Bumburing yang mendakwa Gabungan hakikatnya gabungan pro-BN.

Jeffrey berkata PCS sangat terdesak untuk meneruskan hidup dalam lautan politik sehingga terpaksa melempar tuduhan kebudak-budakan terhadap Gabungan. STAR adalah parti komponen Gabungan.

Jeffrey berkata PCS sejak meninggalkan Gabungan, PCS bergabung dengan Pakatan Harapan dan Warisan, PCS tidak habis-habis menutup kelemahan mereka memftinah Gabungan.

 “Sekarang PCS mahu berikan gambaran Warisan mahu bekerjasama dengannya, tetapi mana mungkin kalau Warisan bertanding di semua 60 kerusi?” soalnya.

 
Wilfred Bumburing Presiden PCS terima wang RM 1 juta daripada Ku Li

Sementara itu sumber Sabahkini2 mendedahkan disebalik tuduhan Bumburing terhadap Gabungan Sabah sebagai Mesra BN, Wilfred Bumburing juga pernah menerima wang RM 1 juta daripada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam pilihanraya ke 13 lalu.

Malah ketika membentuk parti barunya PCS turut mendapat dana luar bagi operasi partinya sehinggalah Bumburing kecewa keluar dari Gabungan Sabah

PCS hanya berlakon dengan agenda ‘Sabah untuk orang Sabah’ anti Semenanjung tetapi hakikatnya pembiayanya semua dari sana

Pertemuan Bumburing dengan Shafie Apdal serta Pakatan Harapan yang dipimpin Christina Liew membuktikan agenda Sabah hanyalah wayang. PCS hanyalah parti lokal pada kulit tetapi isinya tidak.

Shafie Apdal juga dikatakan memberi dana kepada Bumburing.

Jika Bumburing berani beliau seharusnya mendedahkan pengakuannya menerima dana RM 1 juta dari Ku Li itu. Juga dari mana beliau menerima dana selepas keluar dari Gabungan Sabah?

 

14 Comments