Dua lelaki mencuri kabel merempuh sekatan polis menjadi buruan.
14:07 Jul 08, 2021  |  By SabahKini2
Dua lelaki mencuri kabel merempuh sekatan polis menjadi buruan.

Polis memburu dua lelaki mencuri kabel merempuh sekatan polis di Papar

Papar: Malam tadi, dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi kabel bertindak merempuh sekatan polis menjadi buruan.

Ketua Polis Daerah Papar DSP Batholomew Umpit berkata suspek yang berusia 36 dan 21 tahun itu dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya 10 kes kecurian kabel telekomunikasi bernilai kira-kira RM100,000.

Beliau berkata dalam kejadian pada 10.30 malam itu, polis telah mengenal pasti lokasi suspek sebelum bertindak melakukan kepungan untuk menahan mereka.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek bertindak agresif menyerang polis dengan merempuh kenderaan pihak berkuasa sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Batholomew berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan 379 kerana mencuri manakala siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan curi.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek supaya menghubungi pihak polis dengan segera. – BERNAMA

1 Comment