Sabah masuk Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara 10 Julai
22:07 Jul 08, 2021  |  By SabahKini2
Sabah masuk Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara 10 Julai

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya,

PUTRAJAYA: Selepas enam negeri, Sabah memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermulai Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya, hari ini.

Katanya, keputusan dibuat selepas meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri oleh Kementerian Kewangan.

"Selepas semua agensi terbabit termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau 'threshold' negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi Sabah dari fasa satu ke fasa dua, berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang ditetapkan.

"Peralihan bagi fasa PPN bagi Sabah akan berkuat kuasa mulai 10 Julai 2021," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang ditetapkan bagi fasa dua boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

2 Comments