Tidak bayar gaji 3 bulan: JTK Sabah perlu dedah salahlaku Grant Thornton- SFI
12:07 Jul 09, 2021  |  By SabahKini2
Tidak bayar gaji 3 bulan: JTK Sabah perlu dedah salahlaku Grant Thornton- SFI

Semalam Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah telah memanggil Grant Thornton Consulting Sdn Bhd (GTC) Receiver SFI. Mengapa GTC berdiam wal hal mereka yang salah. Apa tindakan JTK? Tindakan tegas perlu diambil kerana melanggar Akta Pekerjaan 1955!

KOTA KINABALU – Selepas didedahkan Pihak pengurusn Grant Thornton Consulting Sdn Bhd (GTC)  Receiver yang menguruskan Syarikat Sabah Forest Industries (SFI) diminta hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah semalam

GTC dipanggil berhubung siasatan dan penjelasan isu GTC-SFI tidak membayar gaji pekerja sejak 3 bulan yang lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat dan Perundangan JTK Sabah, Madzaral Sebalon berkata, pihak GTC-SFI sudah diminta untuk datang ke Ibu Pejabat JTK Sabah.

"Bahagian ini mengambil maklum berhubung isu itu dan telah menghubungi pihak syarikat untuk mendapatkan penjelasan sama ada perkara itu adalah benar sebagaimana dakwaan pihak pekerja.

"Majikan telah diarahkan hadir ke pejabat pada 8 Julai ini (Khamis) jam 10 pagi bagi tujuan siasatan," katanya

Bagaimanapun tidak diketahui status siasatan GTC-SFI itu semalam dan hari ini. Apakah pendirian dan tindakan Jabatan Tenaga Kerja Rakyat (Sabah)?.

Sabahkini2 telah mendedahkan punca sebenar isu bayaran gaji SFI ialah Syarikat Grant Thornton Consulting Sdn Bhd sebagai Receiver bukannya Kerajaan Sabah yang tidak membayar gaji. 

GTC-SFI diberi kebenaran Kerajaan Sabah meneruskan operasi lesen pembalakan hutan untuk menampung kos bayaran gaji pekerja namun malangnya gaji tidak dibayar. Susulan itu bulan Mei lalu Kerajaan Sabah menamatkan lesen konsesi SFI itu. Ada sesuatu yang tidak kena pada syarikat Receiver dilantik Maybank itu mengurus SFI.

[ARTIKEL BERKAITN- Grant Thornton curi hasil balak SFI tapi gaji pekerja tak dibayar! Kerajaan Sabah, SPRM digesa siasat GTC ]

Isu pembayaran gaji pekerja SFI ini telah berlaku sejak tahun 2018. Ketika Warisan memerintah lebih 1000 pekerja kilang SFI itu tidak dibayar gaji. Isu ini berlarutan selepas Kerajaan Warisan dan GTC bersekongkol menyingkirkan syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd yang telah membuat perjanjian membeli SFI bernilai RM1.2 bilion. SFI kemudiannya menyaman  Kerajaan Sabah dan GTC sehingga tertangguh hingga kini.

Disebabkan tidak dibayar gaji, pekerja SFI terpaksa menaikkan bendera putih kerana bukan sahaja tiada pendapatan malah terputus bekalan makanan serta keperluan harian yang lain.

Situasi dihadapi mereka turut mendapat perhatian Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang meminta agar kerajaan campur tangan dalam pengurusan syarikat demi kebajikan pekerja namun MTUC tidak menyalahkan syarikat receiver GTC itu.

GTC di Malaysia diketuai oleh Dato’ Narendrakumar A/L Chunilal Rugnath sebagai Pengarah Urusannya selaku pemegang saham syarikat terbesar dan Ahli Lembaga Pengarahnya ialah Hooi Kok Mun, Foo Lai-Don Geoffrey, Mohamad Nasir Bin Baharom, Lai Chee Chuen dan anaknya Kishan Narendra Jasani.

 

GTC Malaysia tiada kredibiliti

Semakan menunjukkan GTC Malaysia merupakan firma perundingan yang teruk sehingga sanggup bersekongkol melanggar perjanjian  jual beli SFI. Majlis Laporan Kewangan (FRC) pernah meletakkan audit daripada Grant Thornton (GTC) di bawah pengawasan kerana pemeriksaan tahunan menunjukkan kejatuhan standard GTC  yang sangat ketara.

GTC dilaporkan pernah dirombak.  Bahagian-bahagian GTC kerap gagal melibatkan prosedur kumpulan kerja, ketelitian dalam penilaian mereka dan keberkesanan audit mereka. Hanya 50% daripada audit-audit GTC dianggap bagus, dan dalam penilaian 11 firma audit, GTC adalah firma paling teruk.

GTC pernah kehilangan £94 juta dalam ketidaktentuan perakaunan untuk salah satu daripada klien mereka sehingga disaman.

GTC pecah amanah terhadap klien-klien mereka yang kerugian berjuta ringgit di luar negara dan terbukti di Malaysia GTC menyebabkan masalah besar kepada Sabah Forest Industries (SFI)  dengan urusniaga RM1.2 bilion. LIhatlah kesannya di bawah GTC sejak 2018 hinggalah kini keadaan lebih teruk. 

Syarikat GTC Malaysia dilaporkan setakat sehingga 31 Disember 2019 syarikat itu tidak pernah menghantar audit akaun mereka kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

GTC gagal mengurus SFI

Jika Grant Thornton Consulting Sdn Bhd sebagai Receiver tidak dipanggil oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah rakyat tak tahupun punca sebenar SFI yang berlarutan ini. 

Dato’ Narendrakumar A/L Chunilal Rugnath dan pasukannya dalam GTClah gagal menguruskan gaji pekerja SFI.

 

 

Persoalannya ke mana semua hasil-hasil SFI yang memerah bekerja di kilang termasuk menggunakan lesen konsesi pembalakan SFI yang dibenarkan Kerajaan Sabah sebelum ini?

Kesalahan perundingan GTC dan Kerajaan Warisan sebelum ini melanggar SPA mengapa nak salahkan Kerajaan GRS untuk berhadapan kes mahkamah oleh PPSB? GTC, Shafie Apdal dan pemimpin Warisan mahu merembat komisen syarikat China Lee Man Paper akhirnya rakyat jadi mangsa hingga sekarang. 

 

4 Comments