Seramai 3,016 imam masjid dan guru agama Sabah akan menerima vaksin Covid-19.
16:07 Jul 09, 2021  |  By SabahKini2
Seramai 3,016 imam masjid dan guru agama Sabah akan menerima vaksin Covid-19.

Seramai 2,016 imam masjid dan 1,000 guru agama di seluruh Sabah sudah mendapat janji temu untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Kota Kinabalu: Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata seramai 2,016 imam masjid dan 1,000 guru agama Sabah sudah mendapat janji temu untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Mereka akan diberi keutamaan untuk mendapat vaksin itu di pusat pemberian vaksin (PPV) Wisma Wanita di sini dan sehingga hari ini 59 imam masjid sekitar Kota Kinabalu telah menerima dos pertama vaksin, kata beliau.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif

“Semua jemaah masjid yang melengkapkan dos pertama dan kedua diberi kelonggaran untuk menunaikan solat jemaah di masjid mengikut SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pemberian vaksin itu di PPV Wisma Wanita di sini hari ini.

Datuk Mohd Arifin Mohd turut berkata, pihaknya masih menunggu kelulusan Majlis Ugama Islam (MUIS) dan pihak berkaitan bagi memastikan jemaah dapat menunaikan ibadah itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, ketika ditanya mengenai jumlah kapasiti jemaah masjid solat sunat Aidiladha

Di samping itu, Imam Masjid Rowatib Kampung Sabang Baru, Raif Hajim yang menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini di PPV Wisma Wanita berkata, “Saya menyeru kepada orang ramai yang masih belum mendaftar vaksin, melakukannya supaya dapat menerima suntikan vaksin COVID-19 agar kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa,”.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kepada kerajaan Sabah kerana memberi keutamaan kepada mereka agar membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.--SabahPost

3 Comments