Pengerusi Koperasi didakwa ubah wang RM11 juta sogokan taikun DAP Tan Sri 'Penang Condo King'
17:07 Jul 12, 2021  |  By SabahKini2
Pengerusi Koperasi didakwa ubah wang RM11 juta sogokan taikun DAP Tan Sri 'Penang Condo King'

Bertahun Datuk Ir Mansor dan Tan Sri Alex Ooi Kee Liang Pengerusi Ideal Property Groups menjadi rakan perniagaan. Namun bila kes rasuah Guan Eng dibicarakan kini kes berkaitan tanah taikun pula diheret ke mahkamah

Datuk Ir Mansor Musa Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sg Ara didakwa di Mahkamah Sesyen atas 106 tuduhan pengubahan wang berjumlah lebih RM11 juta dalam bentuk wang tunai, stok dan harta benda sebagai “hadiah” yang diterima daripada pelbagai syarikat.

Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dari 2004 hingga 2008, didakwa atas 42 tuduhan terlibat dalam pengubahan wang dan 64 tuduhan bersubahat sepanjang tempoh lebih sembilan tahun.

Dalam pertuduhan itu Mansor dilaporkan menerima sogokan antara September 2011 dan 10 Ogos tahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kesalahan di bawah subseksyen (a) membawa denda maksimum RM5 juta dan/atau penjara maksimum lima tahun, sementara subseksyen (b) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda hasil haram atau RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi.

Mansor mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faridz Gohim Abdullah, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Muhamad Azlan Basri, manakala Kek Boon Wei dan Helen Ng mewakili Mansor.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus menetapkan 28 Sept untuk pengurusan kes sementara menunggu penyerahan dokumen. Beliau juga memerintahkan Mansor menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Sebelum ini Sabahkini2 mendedahkan Datuk Ir Mansor Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sg Ara menerima sogokan berjumlah RM16 juta daripada seorang pemaju dikenali Tan Sri “Penang Condo King” proksi DAP yang juga pengerusi Ideal Property Groups.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rasuah RM16 juta Tan Sri 'Penang Condo King', Pengerusi Koperasi Tunas Muda didakwa hari ini ]

Datuk Ir Mansor akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Julai depan.

Bagaimanapun Tan Sri Alex Ooi Kee Liang Pengerusi Ideal Property Groups yang menyogok Datuk Ir Mansor tidak akan didakwa di mahkamah dan mungkin menjadi saksi kes untuk mendakwa Datuk Ir Mansur.

 

 

11 Comments