Dua lagi ‘Sekolah Tanpa Elektrik’ di Beluran: Mahu dedah atau PPD selesaikan?
12:01 Jan 27, 2018  |  By SabahKini2
Dua lagi ‘Sekolah Tanpa Elektrik’ di Beluran: Mahu dedah atau PPD selesaikan?

Tahun 2016 Menteri Pendidikan melawat Beluran. Bercakap mengenai Asrama. Tapi PPD Beluran tidak pernah memaklumkan kepada Menteri Pendidikan tentang “ Sekolah tanpa elektrik” yang mendapat Projek Hibrid Solar sejak 2013 tapi tidak berfungsi.

BELURAN: Pada Disember 2016 Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid telah melawat Daerah Beluran iaitu daerah yang tidak asing baginya kerana pernah menjadi guru di SMK Beluran tahun 1984 hingga 1986 telah berkata akan memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang pendidikan di antara kawasan bandar dan luar bandar menerusi beberapa proses tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan.

"Saya tengok kebanyakan masalah di luar bandar ialah tiada tempat tinggal, maksudnya kena lebihkan pembinaan asrama sekolah berikutan jarak di antara rumah dan sekolah terlalu jauh," katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran menerusi Program Sirih Pulang Ke Gagang ketika itu.

Tak mungkin Menteri Pendidikan bekas guru SMK Beluran tak ambil kisah hal Beluran
memandangkan beliau sangat memahami apa yang ada di Beluran. Menteri perlu menutup segala kekurangan pelaksanaan
projek di bawah Tan Sri Muhyiddin dahulu. PPD juga perlu ambil tindakan tegas serta cepat. Tak mungkin masalah Solar Hibrid di Sekolah
boleh berlarutan selama 4 tahun. 

Mahdzir memberi contoh, masalah tiada asrama atau kemudahan penginapan uzur di SMK Simpangan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai yang menjejaskan kualiti pendidikan di kawasan ini, sekali gus memerlukan pembinaan dan baik pulih dipercepatkan.

Mahdzir ketika di Beluran

Itu tahun 2016 mengenai asrama dan kemungkinan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Beluran tidak pernah memaklumkan kepada Menteri Pendidikan tentang “Sekolah tanpa bekalan elektrik” yang mendapat peruntukan beratus juta membina Projek Hibrid Solar sejak 2013 namun tidak berfungsi.

Satu dari sekolah yang didedahkan oleh Sabahkini2 ialah SK Jambongan sejak 4 tahun lalu tanpa elektrik. Projek Hibrid Solar sedia ada yang siap 2014 hanyalah replika atau gajah putih. Namun selepas didedahkan kurang 4 hari SK Jambongan kini sudah punya elektrik selepas projek solar hybrid itu dibaiki semula.

Sabahkini2 mendapat maklumat ada dua lagi sekolah di Beluran yang dibina projek Solar Hibrid tetapi tidak berfungsi beberapa tahun sebagaimana SK Jambongan. Di mana? pasti semua mahu tahu.

Jika sekolah-sekolah itu belum mendapat bekalan elektrik sebagaimana SK Jambongan pihak Sabahkini2 tidak teragak-agak akan menyiarkan dokumentari baru bagi dua projek di Sekolah Kebangsaan yang telah siap tetapi tidak berfungsi itu.

Kita akan dedahkan siapa kontraktor dan siapa pegawai Pendidikan Daerah yang terlibat dengan projek itu.

Dikatakan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee ahli Parlimen Beluran yang mengetahui perkara ini berang dan mengarahkan PPD menyelesaikan segera perkara ini.

 Satu ketika Timbalan Menteri Pendidikan pernah ke Beluran.

Jika PPD Beluran dan kontraktor boleh menyelesaikan isu SK Jambongan dengan hanya kurang 4 hari kita yakin sekolah lain yang mendapat projek Solar Hibrid di Beluran juga boleh selesai.

11 Comments