4 tuduhan Philip Among cabul Ratu Unduk Ngadau didengar serentak 22 Julai
05:07 Jul 16, 2021  |  By SabahKini2
4 tuduhan Philip Among cabul Ratu Unduk Ngadau didengar serentak 22 Julai

Sebelum ini, pendengaran empat daripada lima pertuduhan yang dihadapi tertuduh ditetapkan pada tarikh berlainan.

Mahkamah Majistret membenarkan semua empat pertuduhan ke atas bekas Penyelaras Parlimen Putatan, Phillip Among membabitkan kes mencabul seorang peserta Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau didengar bersama.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan mengemukakan permohonan supaya pendengaran empat pertuduhan itu dilakukan serentak

Beliau membuat permohonan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah kerana semua empat kes itu membabitkan mangsa serta tertuduh sama dan saling berkaitan.

Jessica kemudian menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan nanti.

Sebelum ini, pendengaran empat daripada lima pertuduhan yang dihadapi tertuduh ditetapkan pada tarikh berlainan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Phillip Among didakwa lima pertuduhan cabul dua wanita ]

Among atau nama sebenarnya Philip Among @ Daniel Dell Fidelis dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dua wanita secara berasingan, termasuk seorang peserta Ratu Kaamatan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu pada 10 Jun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Among didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita kira-kira 11 malam 17 April lalu di ruang tamu Capsule Inn, Asia City, di sini.

Empat pertuduhan lain pula membabitkan kesalahan mencabul kehormatan seorang lagi wanita, yang juga peserta Ratu Kaamatan, di empat tempat berasingan pada 19 Mei lalu.

Mahkamah membenarkan Among diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan bersama dua penjamin, sementara menunggu pengurusan kes praperbicaraan.

1 Comment