Beaufort: Polis lepas dua das tembakan pemandu lalok dadah
16:07 Jul 16, 2021  |  By SabahKini2
Beaufort: Polis lepas dua das tembakan pemandu lalok dadah

Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk menahan pemandu yang cuba merempuh

Beaufort:Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan bagi menahan pemandu yang cuba merempuh ketika diperiksa semalam.

Kejadian berlaku di kawasan kebun getah , Batu Abai, Kuala Penyu. Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, menahan seorang lelaki berumur 57 tahun yang memandu Produa Myvi dalam keadaan mencurigakan untuk pemeriksaan. 

Namun, lelaki itu bertindak agresif secara tiba-tiba ketika pemeriksaan dilakukan dengan mengundurkan keretanya dan cuba merempuh anggota polis.

“Anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar belakang kereta suspek” kata Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Yaacob. 

Menurutnya lagi, susperk dipercayai dalam keadaan mabuk dan lalok dadah terpaksa menghentikan kenderaan dan cuba melarikan diri.

“Suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis dan soal siasat mendapati suspek mengaku ketakutan ketika diminta berhenti kerana baru saja mengambil syabu dan berada dalam keadaan mabuk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, pemeriksaan lanjut menemui sebilah pisau dan parang dalam kenderaan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek turut mempunyai lima kes jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1858,” katanya.

Comment