Bekas ADUN DAP Selangor, rombongan ditahan masuk hutan Cameron Highlands tanpa permit
14:07 Jul 18, 2021  |  By SabahKini2
Bekas ADUN DAP Selangor, rombongan ditahan masuk hutan Cameron Highlands tanpa permit

Apakah tujuan wakil rakyat PH itu datang dari Selangor dengan membawa rombongan masuk ke kawasan hutan di Negeri Pahang? Sangat meragukan ketika PKP dan larangan rentas negeri

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai DAP, Bryan Lai Wai Chong dilaporkan ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kerana memasuki kawasan hutan di tepi sungai Pos Lenjang  Cameron Highlands tanpa kebenaran.

Difahamkan JPNP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menahan ahli rombongan diketuai ADUN berkenaan seramai kira-kira 29 orang.

Kesemua mereka yang menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda difahamkan ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi ketika sedang berkhemah di situ.

Timbul persoalan, apakah tujuan wakil rakyat tersebut datang dari Selangor dengan membawa rombongan masuk ke kawasan hutan di negeri ini? Sangat meragukan ketika fasa sekatan perjalanan menyeluruh (total lockdown) sedang dilaksanakan yang tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri.

Pengarah JPNP, Datuk Dr. Hizamri Mohd. Yasin berkata, beliau telah dimaklumkan berkenaan perkara itu dan menunggu laporan lengkap berhubung perkara tersebut.

Hizamri sangat tegas melaksanakan tugasnya di Pahang termasuk baru-baru ini menebang ribuan pokok durian ‘musang king’ ditanah haram yang berlarutan 20 tahun dulu.

 

4 Comments