[VIDEO] Pemandu teksi KKIA Taiko 'Kaki Gaduh' terima rawatan darah tinggi di hospital
11:07 Jul 21, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pemandu teksi KKIA Taiko 'Kaki Gaduh' terima rawatan darah tinggi di hospital

Menurut pemangku Polis Kota Kinabalu ini bukan kali pertama suspek mengamuk kerana gilirannya dipotong tetapi kerana sikapnya meninggalkan kenderaan di barisan menunggu. Dalam video tular lain oleh netizen beliau juga pernah mengamuk di sebuah restoran

Polis dilaporkan belum menahan pemandu teksi yang mengamuk yang tular semalam merempuh tiga kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kerana suspek sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu akibat tekanan darah tinggi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 60 tahun itu mengamuk kerana gagal menahan perasaan marah dan turut pengsan selepas melanggar tiga kenderaan lain.

“Difahamkan, ini bukan kali pertama suspek berang selepas mendapati gilirannya mengambil penumpang dipotong rakan pemandu lain.

“Namun, (potong barisan berlaku) disebabkan sikap pemandu itu sendiri yang meninggalkan kereta di barisan menunggu. Pemandu lain terpaksa memotong bagi mengelakkan penumpang tertunggu-tunggu,” katanya dipetik Berita Harian.

Suspek dikatakan sering meninggalkan teksinya di barisan menunggu dan tidak berada di kawasan KKIA menyebabkan pemandu lain terpaksa memotong barisan untuk mengambil penumpang.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tiada mangsa yang cedera dalam rempuhan semalam.

Taiko 'Kaki Gaduh'

Pemandu mengamuk ini bukanlah kali pertama bersikap demikian malah ada beberapa insiden video juga beliau mengamuk di restoran melibatkan pergaduhan dengan netizen lain.

Semalam satu lag video tular melibatkan pemandu mengamuk itu di restoran sebelum pandemik lalu. Orang ramai mengenali beliau berkata individu ini memang taiko 'kaki gaduh' dan kaki amuk.

Antara video lain yang tular 

 

4 Comments