Kenduri kesyukuran punca tercetus Kluster Kampung Pukak, Tuaran.
16:07 Jul 21, 2021  |  By SabahKini2
Kenduri kesyukuran punca tercetus Kluster Kampung Pukak, Tuaran.

Satu kluster baharu tercetus berpunca dari kenduri kesyukuran iaitu Kluster Kampung Pukak di Tuaran

KOTA KINABALU : Kluster Kampung Pukak di Tuaran tercetus berpunca dari majlis kenduri kesyukuran yang melibatkan 17 kes kumulatif sehingga hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata majlis itu telah diadakan di kampung tersebut pada 3 Julai lepas, manakala kes indeks kluster itu, seorang lelaki berusia 47 tahun dikesan positif pada 9 Julai.

“Susulan kes itu, saringan 55 kontak rapat disaring dan 16 kes dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baharu hari ini.

Saringan melibatkan kontak rapat dari Kampung Pukak, Kampung Pinagon dan Kuarters Loji Air Telibong 1,” katanya.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata Sabah hari ini merekodkan 657 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 76,453 kes.

“Pesakit sembuh dibenarkan keluar hospital pula seramai 285 orang, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,748 orang,” katanya. – BERNAMA

Comment