3 Staf Pejabat Kesihatan Kunak ditahan seludup PATI guna kenderaan JKNS
00:07 Jul 22, 2021  |  By SabahKini2
3 Staf Pejabat Kesihatan Kunak ditahan seludup PATI guna kenderaan JKNS

Tergamak staf Pejabat Kesihatan Kunak menjadi tali barut menyeludup PATI menggunakan kenderaan rasmi KKM. Inilah yang memburukkan keselamatan negara. Tindakan tegas perlu diambil.

Tiga penjawat awam staff Pejabat Kesihatan Kunak (KKM) ditahan selepas dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan kenderaan kerajaan bagi melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kunak-Tawau, pada 14 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, tiga lelaki berusia 39 hingga 49 tahun itu dikatakan menggunakan dua pacuan empat roda dengan lambang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipercayai cuba mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tindakan mereka melepasi SJR yang diadakan polis di sepanjang laluan berkenaan gagal selepas kenderaan dipandu laju itu menimbulkan curiga pihak berkuasa.

Sumber berkata, selepas melepasi tiga SJR, kumpulan berkenaan kemudian ditahan di kawasan Balung, Jalan Apas, Tawau.

Katanya, ketiga-tiga suspek dibawa ke Balai Polis Sri Indah untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek mengaku membawa 15 penumpang dipercayai PATI dari Lahad Datu menuju ke Tawau.

“Bagaimanapun, ketika ditahan, hanya tiga penjawat itu saja yang ada dalam kenderaan terbabit, manakala semua PATI terbabit sudah melarikan diri,” katanya.

Isnin lalu, kejadian berkenaan tular di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak insiden sama berulang pada masa depan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan penangkapan tiga staf Pejabat Kesihatan Kunak  itu.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Tidak diketahui sama ada 3 staf JKNS ini sudah lama melakukan jenayah pemerdagangan manusia PATI dari negera jiran. Namun ia menunjukkan kegiatan ini sudah lama dibuat oleh staff JKNS 

Dijangka suspek akan didakwa esok

 

LAPORAN PENUH SEPERTI BERIKUT:

YDH Datuk KJSJ
YDH Tuan Tim. KJSJ (R/O)
YDH Tuan Tim. KJSJ (S/P)
Tuan/ Puan PT

LAPORAN KES MENGHALANG PENJAWAT AWAM MENJALANKAN TUGAS BAGI DAERAH KUNAK

A) BUTIRAN LAPORAN

No Repot: Kunak/Rpt/01180/21

Tarikh/Masa Repot: 14/07/21 @ 0006 hrs.

Klasifikasi :
- Seksyen 186 Kanun Keseksaan,
- Sek. 26 (2) Akta Polis 1967,
- Per. 3(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah - langkah di dalam kawasan tempat jangkitan 2020 )

Pegawai Penyiasat : Insp Romi bin Asparin

B) TEMPAT KEJADIAN : SJR Km 38 Sabahan jalan Kunak - Lahad Datu, Kunak, Sabah.

C) TARIKH KEJADIAN : 13/07/2021 @ 2000 hrs.

D) PENGADU :
Mekantus Bin Chandy, L/53 tahun, B/kadazan,..

E) KERUGIAN : Nil

F) SUSPEK/TANGKAPAN :
B1
Nama : Abdul Muri Bin Mad Nari
No kp : 81011212XXXX
Umur : 40 tahun
Bangsa : Bajau
Warganegara : Malaysia
Alamat : Kuarters Kesihatan Kunak

B2
Nama : Hamiseri Bin Abu Sari
No kp : 71090612XXXX
Umur : 49 tahun
Bangsa : Bajau
Warganegara : Malaysia
Alamat : Kg. Kunak Tiga, Kunak.

B3
Nama : Madin Bin Jaafar
No kp : 82022412XXXX
Umur : 39 tahun
Bangsa : Bugis
Warganegara : Malaysia
Alamat : Kg. Simpang 4, Kunak

G) RAMPASAN :
No : 1
Jenis barang : Pick-up
Kuantiti : 01 buah
No kenderaan (asal) : SAB4506Y
Tempat dijumpai : Jalan Apas Batu 24 Tawau
Keterangan barang : Kenderaan Vigo Hilux Toyota warna putih susu dan berlogo Kementerian Persekutuan
Cara disembunyikan : Diserahkan oleh pemandu

No : 2
Jenis barang : Pick-up
Kuantiti : 01 Buah
No kenderaan (asal) : SB3905E
Tempat dijumpai : Jalan Apas Batu 24 Tawau
Keterangan barang : Kenderaan jenis toyota rocco, warna putih dan logo Kementerian Persekutuan
Cara disembunyikan : Diserahkan oleh pemandu

No : 3
Jenis barang : Kunci kenderaan SAB4506Y
Kuantiti : 01 Set
No siri : SAB4506Y
Tempat dijumpai : Jalan Apas Batu 24 Tawau
Keterangan barang : 3 Bentuk kunci dan satu remote dalam satu set
Cara disembunyikan : Diserahkan oleh pemandu

No : 4
Jenis barang : Kunci kenderaan SB3905E
Kuantiti : 01 Set
No siri : SB3905E
Tempat dijumpai : Jalan Apas Batu 24 Tawau
Keterangan barang : Satu set kunci/remote
Cara disembunyikan : Diserahkan oleh pemandu

H) KETERANGAN KES :
Pada 13/07/2021 lebih kurang jam 2000 hrs, semasa pengadu bertugas di SJR KM38 Sabahan jalan Kunak - Lahad Datu, Kunak Sabah bersama 08 anggota SJR KM38 Sabahan di jalan Kunak - Lahad Datu telah cuba menahan 02 buah kenderaan 4x4 dipercayai kenderaan milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang datang dari arah Lahad Datu menuju ke Kunak kerana dipandu dalam keadaan laju tetapi kenderaan tersebut tidak berhenti. Kemudian pengadu telah menghubungi anggota SJR yang bertugas di SJR KM16 jalan Kunak - Tawau untuk menahan kenderaan tersebut. Kemudian pengadu dimaklumkan oleh anggota SJR KM16 jalan Kunak - Tawau bahawa kenderaan tersebut telah cuba ditahan tetapi tidak berhenti dan terus memecut menghala ke arah Tawau. Pengadu mencurigai kenderaan tersebut berkemungkinan melakukan kesalahan yang tidak diingini.

HASIL SIASATAN AWAL :
Siasatan awal mendapati, semasa pengadu bersama 08 orang anggota bertugas di SJR KM Sabahan jalan Kunak – Lahad Datu telah ternampak dua kenderaan 4x4 yang disyaki milik KKM, oleh kerana kenderaan tersebut dipandu dengan laju, pengadu cuba untuk menahan kenderaan tersebut tetapi kenderaan tersebut tidak berhenti. Semasa kenderaan tersebut melintasi SJR KM 38, pengadu ternampak beberapa barang dipercayai beg pakaian yang diletakkan di belakang kenderaan tersebut. Pengadu mengesyaki kenderaan tersebut berkemungkinan melakukan suatu kesalahan kerana kenderaan tersebut dipandu dengan laju serta tidak memberikan kerjasama apabila di arahkan berhenti. Seterusnya pengadu telah maklumkan kejadian tersebut kepada anggota yang bertugas di SJR KM16 Jalan Kunak – Tawau untuk menahan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

SIASATAN LANJUT :
Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati kenderaan yang dinaiki suspek dari arah Lahad Datu ke Kunak dipandu dalam keadaan laju dan tidak berhenti di SJR KM38 Jalan Kunak Lahad Datu apabila diarahkan berhenti oleh pengadu. Seterusnya pengadu memaklumkan situasi tersebut kepada anggota yang bertugas di SJR KM16 Jalan Kunak - Tawau dan kenderaan tersebut juga tidak memberikan kerjasama untuk berhenti apabila diarahkan. Kemudian pengadu juga telah maklumkan kepada anggota tugas SJR KM50 Tawau berkaitan situasi tersebut dan anggota SJR KM50 Tawau juga telah memaklumkan bahawa kenderaan tersebut juga tidak memberikan kerjasama untuk berhenti dan terus memecut laju menujuh ke arah Tawau. Kemudian anggota SJR KM50 telah makluman kepada Balai Polis Sri Indah untuk tindakan selanjutnya. Hasil maklumat tersebut, anggota Balai Polis Sri Indah yang diketuai oleh ASP Asran bersama 3 orang anggota telah berjaya menahan suspek di kawasan Balung jalan Apas Tawau. Seterusnya ketiga - tiga suspek dibawa ke Balai Polis Sri Indah untuk tindakan lanjut. Laporan polis tangkapan Sri Indah/990/21 adalah berkaitan. Siasatan yang dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek mengaku telah mengambil penumpang iaitu 09 orang perempuan dan 06 lelaki dari Batu 13 Lahad Datu untuk dihantar ke bulatan Sg. Burung Tawau namun semasa ketiga - tiga suspek ditangkap, kesemua penumpang telah tiada.

I) TINDAKAN :
1. Rakam percakapan pengadu/ Saksi
2. Merakam (IS) percakapan risikan suspek
3. Memohon rekod prestasi kerja B1 dan B2
4. Rakam gambar tertuduh.
5. Hantar RJH.
6. Permohonan reman bagi ketiga - tiga suspek akan dipohon untuk membantu siasatan.

Sekian, untuk makluman YDH Datuk/Tuan.

KBSJD KUNAK

 

95 Comments