Kad fizikal lengkap vaksin belum dikeluarkan
17:07 Jul 24, 2021  |  By SabahKini2
Kad fizikal lengkap vaksin belum dikeluarkan

Kerajaan belum mengeluarkan kad fizikal lengkap vaksin buat masa ini

PUTRAJAYA: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, kerajan belum mengeluarkan apa-apa sijil lengkap pengambilan dos vaksin berbentuk kad cetak.

“Sebarang kad yang diviralkan baru-baru ini, mahupun yang dijual oleh mana-mana pihak, bukanlah yang dikeluarkan oleh kerajaan, katanya lagi.

Selain itu, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba turut menegaskan kad fizikal lengkap vaksin tidak diiktiraf oleh kerajaan dan tidak diterima sebagai bukti lengkap vaksin.

Dr Adham Baba turut berkata, hanya ada sijil digital di aplikasi MySejahtera, tidak ada kad fizikal.

Beliau turut berkata, kerajaan akan mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge dalam bentuk kad fizikal tidak lama lagi sbagai bukti lengkap vaksin. Buat masa ini, hanya sijil digital dalam aplikasi MySejahtera sahaja yang diiktiraf dan kerajaan masih menunggu kelulusan Kabinet untuk mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge.

3 Comments