Mengedar 100.5g syabu, wanita didakwa
18:07 Jul 25, 2021  |  By SabahKini2
Mengedar 100.5g syabu, wanita didakwa

Wanita mengedar syabu 100.5 gram di kawasang 'parking' kereta didakwa.

KOTA KINABALU: Seorang wanita telah didakwa di Mahkamah Majistret buat sementara atas tuduhan mengedar syabu seberat 100.5 gram.

Razmah utuh, didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan.

Razmah hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, dituduh melakukan jenayah itu jam 2.30 petang pada 8 Julai lalu di kawasan ‘parking’ kereta berdekatan pasaraya Servay Likas. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Razmah selepas tuduhan dibacakan kepadanya, yang berada di lokap pusat di Kepayan, melalui persidangan video.

Pendakwaan memohon tarikh sebutan lain sementara menunggu laporan kimia dan memohon agar tertuduh direman lanjut kerana tuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 21 September untuk sebutan sementara menunggu laporan kimia.

Razmah, yang tidak diwakili, diperintah reman lanjut.Inspektor Lim Swee Beng menjalankan pendakwaan. – Harian Ekspres

1 Comment