Sabah 818 kes baru tertinggi kerana saringan kontak rapat
21:07 Jul 25, 2021  |  By SabahKini2
Sabah 818 kes baru tertinggi kerana saringan kontak rapat

Kes Covid-19 Sabah terus meningkat berbanding semalam 712 kes. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kontak rapat yang positif wabak itu mencapai 364 kes atau 44.4 peratus daripada jumlah kes baharu.

Kota Kinabalu: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah terus meningkat apabila merekodkan 818 kes hari ini, dengan saringan ke atas kontak rapat menjadi penyumbang utama peningkatan.

Ia juga peningkatan 106 kes berbanding 712 kes, semalam.

 

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kontak rapat yang positif wabak itu mencapai 364 kes atau 44.4 peratus daripada jumlah kes baharu.

Katanya, sebanyak 148 kes atau 18 peratus daripada kluster sedia ada, 104 kes atau 12.7 peratus daripada saringan bersasar dan saringan bergejala sebanyak 103 kes atau 12.6 peratus.

"Kes baharu menjadi semakin tinggi kerana terdapat banyak jangkitan dalam kalangan kenalan pesakit Covid-19," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, hari ini turut menyaksikan sembilan daerah di Sabah mencatat jangkitan baharu melebihi 25 kes iaitu Papar (37), Tuaran (44), Beluran (44), Tawau (55), Sipitang (57), Beaufort (66), Keningau (69), Penampang (77) dan Kota Kinabalu (167).

Katanya, enam kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tungku di Lahad Datu; Kluster Gerbang Kauran (Keningau); Kluster Tinabau (Kinabatangan); Kluster Kampung Sogo-Sogo (Tongod); Kluster Gipan Kelombong (Kota Kinabalu, Tuaran) dan Kluster Simpang Tiga Ranau (Ranau).

Beliau turut mengingatkan penduduk di Sabah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah wabak dengan penuh disiplin bagi membendung penularan Covid-19.

22 Comments