Doktor Sabah 'lebih berotak'! Protes doktor kontrak di Sabah kurang sambutan
11:07 Jul 27, 2021  |  By SabahKini2
Doktor Sabah 'lebih berotak'! Protes doktor kontrak di Sabah kurang sambutan

Dr Abraham Hsieh Lih Xian doktor kontrak di Tawau berkata tidak wajar demonstrasi. Netizen mengecam doktor melakukan demonstrasi. Katanya 'doktor-doktor Sabah jauh lebih berotak daripada doktor-doktor kontrak di negeri lain!

Nampaknya Hartal Doktor Kontrak di Sabah gagal! Doktor kontrak di Sabah menunjukkan kecerdikan otak mereka. Keutamaan mereka kepada menangani pandemik di kala rakyat susah.

Hanya dua doktor kontrak hadir pada Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1).

Di Tawau pula di Hospital Tawau tiada sebarang perhimpunan diadakan oleh doktor-doktor kontrak.

Seorang pegawai perubatan berstatus kontrak, Dr Abraham Hsieh Lih Xian, 32, berkata, perhimpunan seumpama itu tidak wajar diadakan ketika tenaga semua petugas kesihatan diperlukan untuk merawat pesakit.

“Secara peribadi, ketika Covid-19 kita perlu menumpukan kepada rawatan pesakit, dan isu membabitkan kontrak kami, saya percaya kerajaan boleh mendengar masalah dan keperluan kami doktor kontrak sekali gus mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Sementara itu di Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu melibatkan dua orang doktor itu hanya bergerak dari lobi utama hospital dan menuju ke tempat parkir kenderaan sambil membawa plakad bertulis ‘hkontrak’ dan ‘we are your future specialists’.

Hartal Doktor Kontrak dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi Isnin membabitkan 24 hospital di seluruh negara termasuk di Sabah iaitu HQE1 dan Hospital Tawau sebagai protes kepada kerajaan berhubung tuntutan mereka sebelum ini.

Rata-rata netizen dalam media sosial mengecam himpunan itu kerana menyalahi etika dan meninggalkan pesakit.

Seorang pengguna laman sosial di Sabah menggunakan nama Haq Bathil berkata

“Doktor-doktor Sabah jauh lebih berotak daripada doktor-doktor  kontrak di negeri lain, tahniah doktor-doktor kontrak yang tidak mengikut jejak doktor  tiada otak ‘

Di Semenanjung nampaknya doktor-doktor ini terlibat dengan himpunan Hartal Doktor Kontrak di beberapa hospital negeri. Mereka tak kisah kontrak disambung atau tidak. 

Malah ada kalangan doktor ini kelihatan biadap dilaman sosial dengan menunjukkan protes rasa benci mereka dengan KKM seolah-olah KKM tidak pernah ada jasa kepada mereka.

Kerajaan telah pun meluluskan beberapa tuntutan mereka namun pengendali himpunan Hartal Doktor Kontrak tamak ‘Diberi betis hendak peha’ mereka tak kisah tentang etika doktor yang menyelamatkan pesakit. Mereka menggugut menggunakan pandemik sebagai alasan untuk ‘isi perut’ jawatan tetap wal hal lebih 16 ribu lantikan diberikan penyambungan kontrak. Sejak Disember 2016 hingga 31 Disember 2018, seramai 17075 telah diserapkan dalam jawatan kontrak. 

 

 

Komen-komen netizen jelas ramai juga mengecam doktor kontrak tidak beretika mengambil kesempatan di kala pendemik Covid-19 ini. Nasiblah isu-isu perbahasan Sidang Dewan Parlimen telah menenggelamkan isu Hartal Doktor Kontrak ini. Doktor kontrak yang berdemo ini adalah pengkhianat negara

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Tamatkan kontrak doktor mogok ‘Pengkhianat’! ]

 

 

21 Comments