(VIDEO) Kelab malam Borneo di KL diserbu Operasi Benteras Aktiviti Haram
05:01 Jan 28, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Kelab malam Borneo di KL diserbu Operasi Benteras Aktiviti Haram

Kelab malam yang pengunjungnya terdiri daripada warga Sarawak dan Sabah yang menjadi tumpuan dalam kalangan warganya yang bekerja di ibu negara turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.

 

Kelab malam untuk warga Sarawak dan Sabah.
Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Atas aduan orang ramai kelab malam ‘geng Borneo’ yang leka berpesta sehingga awal subuh diserbu awal pagi tadi dalam satu operasi bersepadu Op BAH (Banteras Aktiviti Haram) yang ditunjangi Kementerian Wilayah Persekutuan.

Ketua Penyelaras Op BAH, Azman Mahmod berkata, pemilik kelab malam tersebut sepatutnya beroperasi sehingga pukul 2 pagi namun didapati melanggar syarat lesen sehingga pukul 6 pagi hingga menyebabkan kacau ganggu.

Katanya, kelab malam yang pengunjungnya terdiri daripada warga Sarawak dan Sabah yang menjadi tumpuan dalam kalangan warganya yang bekerja di ibu negara turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.

“Seramai 59 orang diperintahkan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan di bawah Seksyen 43 (penyubahatan) dan Seksyen 19 (minuman memabukkan) di bawah Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.



PENGUATKUASA Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menjalanjakan saringan air kencing kepada
pengunjung sebuah kelab malam dalam Op BAH Siri 41 di Jalan Metro Pudu, Kuala Lumpur awal pagi tadi- Utusan

“Premis berkenan juga didapati gagal menampal sijil serta sudah tamat tempoh. Resit serta papan tandanya juga tidak mempamerkan nama dan nombor pendaftaran yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sumber asal: UTUSAN ONLINE

 

1 Comment