(VIDEO) Polis kata ambil keterengan Hasmah kata 'tak de..takde ok'
17:01 Jan 29, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Polis kata ambil keterengan Hasmah kata 'tak de..takde ok'

Dr Siti Hasmah hanya bantu beri keterangan mengenai penganjur Himpunan Toksik yang menjemputnya. Penganjur melakukan kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012

 

 

KUALA LUMPUR: Siti Hasmah sendiri tidak merungut apabila beliau diambil keterangan oleh pihak polis.

Sebagaimana kenyataan PDRM pihak polis tidak menyiasat, sebaliknya hanya mengambil keterangan Dr Siti Hasmah Ali, isteri kepada Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkenaan penglibatan beliau dalam perhimpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik' September tahun lalu, kata suatu kenyataan Bukit Aman hari ini.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd juga mengingatkan pihak-pihak yang cuba memanipulasi keadaan itu.

"PDRM ingin menjelaskan Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dipanggil memberikan keterangan bagi membantu melengkapkan siasatan satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa notis pada September tahun lalu.  Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tidak sesekali disoal-siasat tetapi diambil keterangan secara profesional dan kedudukan serta status beliau di negara ini.

"Malah beliau (Siti Hasmah) sendiri membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi," kata Wan Ahmad Najmuddin.

Kalau nak tangkap penganjur mestilah kena ambil keterangan pihak yang dijemput berucap untuk mengesahkan siapa penganjur sebenar.

 

 

1 Comment