Tumbangkan PN: Tony Pua bayangkan DAP pilih Muhyiddin bukan 'kleptokrat'
11:08 Aug 05, 2021  |  By SabahKini2
Tumbangkan PN: Tony Pua bayangkan DAP pilih Muhyiddin bukan 'kleptokrat'

DAP memberikan CSA kepada Muhyiddin dan PN? MP lain juga telah menandatangi SD kepada Muhyiddin. Sekalipun dipertikai, Muhyiddin yakin punya majoriti dan persembahkannya kepada Agong. Keabsahannya hanya ditentukan September nanti.

Benarkan desas-desus  lebih 15 MP DAP menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Muhyiddin? Daripada sumber ya Tan Sri Muhyiddin mempunyai Ahli Parlimen yang menandatangi CSA. Kalau benarpun ia boleh saja berlaku kerana CSA tidak mendatangkan apa-apa hanya mengekalkan kerajaan sedia ada sehingga Pilihanraya Umum tahun depan.

Pastinya MP DAP tidak mahu PRU sekarang dikala pandemik mengganas ataupun tidak mahu UMNO menguasai Kerajaan Perikatan Nasional sekarang. DAP sedar Anwar Ibrahim tidak mungkin menjadi Perdana Menteri berdasarkan pengalaman situasi sebelum ini. Anwar pastinya tidak mempunyai sokongan PH yang mencukupi kerana kumpulan parti Pejuang dan Warisan tidak mungkin mengundi Anwar sebagai PM.

Tulisan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua terbaru dalam facebooknya jelas membayangkan perkara itu. Mahu pilih kekal Muhyiddin atau UMNO mengambil alih jawatan PM jika Muhyiddin meletakkan jawatan.

Katanya tindakan menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.

“Tidakkah sekiranya nanti beliau (Muhyiddin) mengundurkan diri atau meletakkan jawatan sebagai PM, UMNO dilihat lebih mudah dalam mengatur kedudukan untuk mereka menerajui jawatan PM?

“Sekiranya, mana-mana pemimpin UMNO menjadi PM, tidakkah semua kleptokrat akan dibebaskan (atau mungkin juga memperoleh kembali kuasa)?

“Masa depan negara tergantung pada keseimbangan. Apa yang berlaku dalam beberapa minggu akan datang boleh membawa kesan yang besar untuk tahun-tahun yang akan datang.

“Masa untuk berfikir panjang dan berfikir betul-betul,” jelas Pua yang mempersoalkan antara dilema yang mungkin berlaku sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Damansara itu mempersoalkan seandainya golongan kluster mahkamah di dalam kalangan UMNO itu kembali mendapat kuasa, mereka akan lebih berpengaruh dan berkuasa menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Dan jika UMNO kembali menjadi pemimpin di Kerajaan, anda pasti boleh menjangkakan mereka ini akan lebih dapat mengukuhkan kekuatan politik mereka untuk muncul lebih kuat lagi selepas PRU akan datang.

“Atau mungkin kita boleh berfikir selangkah ke hadapan untuk menghentikan golongan kleptokrat ini daripada terlepas?

“Serta mungkin lebih teruk lagi jika mereka ini kembali mendapat kawalan dan kuasa politik, walaupun itu bermaksud mereka perlu kekal bertoleransi dengan PN. Itu mungkin boleh menjadi strategi menjadi buat UMNO, sementara Pakatan Harapan dan rakyat dapat menyingkirkan Muhyiddin dan Azmin untuk PRU seterusnya,” jelas Pua.

Suhu politik negara kembali panas apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan menggesa supaya Muhyiddin meletakkan jawatan atas kerana tidak lagi memperoleh majoriti.

Namun semalam, Muhyiddin mengatakan beliau masih PM dan mempunyai majoriti.  Muhyiddin menegaskan bahawa keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan di Parlimen yang akan bersidang pada September ini. Beliau sudah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

Muhyiddin juga mendedahkan, terdapat beberapa pihak yang cuba menangguk di air keruh, dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik.

Perdana Menteri itu berkata, pihak berkenaan juga tidak senang hati apabila beliau tegas tidak melayan beberapa tuntutan mereka, termasuk mencampuri urusan mahkamah.

Katanya lagi, beliau juga telah dituduh menderhaka kepada Institusi Diraja, sedangkan beliau berkata, apa yang dilakukan adalah berlandaskan undang-undang.

 Kredit Infografik: Suara TV

Apakah Tan Sri Muhyiddin mempunyai rahsia SD MP lain? Begitu juga apakah CSA DAP kepada PN telah
dipersembahkan Tan Sri Muhyiddin kepada Yang Dipertuan Agong sehingga keabsahannya
hanya boleh ditentukan pada bulan September nanti. 

 

24 Comments