Ahli Parlimen Kimanis kekal sokong PN
12:08 Aug 05, 2021  |  By SabahKini2
Ahli Parlimen Kimanis kekal sokong PN

Ahli Parlimen Kimanis berkata beliau masih menyokong kerajaan PN sebagaimana pendiriannya sebelum ini dan menyifatkan tiada perubahan berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin kekal menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun terdapat segelintir pemimpin UMNO Pusat menarik sokongan mereka.

Kata wakil rakyat UMNO dari Sabah itu, beliau masih menyokong kerajaan PN sebagaimana pendiriannya sebelum ini dan menyifatkan tiada perubahan berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

“Saya akan terus memberi sokongan kerajaan PN dan soal kedudukan Perdana Menteri itu, kita serahkan kepada Parlimen sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri pada tengah hari tadi,” katanya

Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini mengumumkan tidak akan mempertahankan Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin dan menggunakan alasan berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat, dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Perdana Menteri turut telah menyembah maklum kepada Baginda pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

GRS Sabah kukuh

GRS beri jaminan Kerajaan Sabah terus utuh

Sementara itu Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan semua pemimpin GRS bersetuju untuk mengekalkan kerjasama bagi membolehkan GRS terus memerintah negeri tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN- GRS beri jaminan Kerajaan Sabah terus utuh ]

Beliau dalam masa yang sama turut menyatakan komitmen menjunjung mandat yang diberikan oleh rakyat terhadap GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun lalu.

 

1 Comment