Perkuatkan GRS sebagai entiti rasmi seperti GPS kata Salleh
17:08 Aug 07, 2021  |  By SabahKini2
Perkuatkan GRS sebagai entiti rasmi seperti GPS kata Salleh

Untuk mengelakkan keraguan, kita mesti memperkuat GRS sebagai entiti rasmi untuk Sabah, sama seperti GPS untuk Sarawak. Fokus kami adalah untuk mempercepat proses vaksinasi dan mengatasi masalah yang disebabkan oleh penyebaran Covid-19 di Sabah

Bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak berpandangan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilindungi bagi pertahan mandat yang diberikan rakyat Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu berkata, ia sekaligus memastikan GRS dapat menjalankan pemerintahan yang bertanggungjawab untuk rakyat di negeri itu.

“Untuk mengelakkan keraguan, kita mesti memperkuat GRS sebagai entiti rasmi untuk Sabah, sama seperti GPS untuk Sarawak. Fokus kami adalah untuk mempercepat proses vaksinasi dan mengatasi masalah yang disebabkan oleh penyebaran Covid-19 di Sabah,” katanya di Facebooknya.

Semalam, Umno Sabah berkata kerajaan GRS pimpinan Hajiji Mohd Nor terus disokong walaupun Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Menerusi kenyataan, Umno Sabah berharap keputusan parti itu kekal bersama GRS yang diwakili Bersatu, Umno, Star, PBS, SAPP dan PAS, dihormati semua pihak.

 

1 Comment