Siapa dalang 'WhatsApp' palsu 'JKOM' beli MP DAP 'Durian RM30' terbongkar!
00:08 Aug 08, 2021  |  By SabahKini2
Siapa dalang 'WhatsApp' palsu 'JKOM' beli MP DAP 'Durian RM30' terbongkar!

Hanya kerana mesej WhatsApp PALSU 01169830159, 01169894798 menamakan diri sebagai JKOM, DAP satu Malaysia kecoh kononnya mereka dibeli dengan harga RM30 juta 'Durian 30'.

Rakyat Malaysia  terutama orang politik semakin gila di negara ini. Berebut kuasa dikala pandemik mengganas. Masing-masing menunjukkan kekuatan siapa kuat asalkan Perdana Menteri boleh ditukar.

WhatsApp orang gila!

Hari ini drama gila DAP pula. Hanya dengan mesej WhatsApp tiga pemimpin DAP mendakwa ditawarkan wang serta jawatan menteri untuk meninggalkan parti itu dan memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang akan diuji keabsahannya di Parlimen bulan depan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran dan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong mendakwa mereka ditawarkan ganjaran dan kedudukan itu oleh pihak yang tidak dikenali. Khoo mendakwa beliau ditawarkan “durian RM30” dan jawatan menteri menerusi mesej WhatsApp.

Ahli Parlimen Bandar, Kuching Kelvin Yii pula mendakwa menerima tawaran sama.“Nampaknya ‘nilai kita’ kini dikira dalam bentuk durian,” Katanya dalam Twitter


Semua pemimpin DAP ini pun ‘acah-acah’ lah membuat hantaran dalam laman sosial Twitter dan Facebook kononnya mereka sedang dibeli.

Kula naib pengerusi DAP pula bertindak lebih agresif dengan membuat laporan polis selepas pegawainya menerima panggilan telefon dan mesej WhatsApp, menawarkan Ahli Parlimen itu wang, jawatan menteri dan ganjaran tambahan untuk “memperolehi sokongan kepada kerajaan PN.”

“Setiausaha saya Jeremy Chumash telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Tetapi lebih penting, saya ingin menasihati kerajaan PN dan Perdana Menteri bahawa lebih baik mengakui kegagalan anda yang menyebabkan negara dalam kesengsaraan daripada menghabiskan masa membeli Ahli Parlimen,” kata Kula dalam kenyataan.

DAP mengambil kesempatan kerana isu peletakan jawatan pemimpin UMNO dalam kabinet dan penarikan MT UMNO kepada PN semua mesej yang pemimpin DAP kerana PN 'Goyang' maka DAP pun berkata mereka menerima tawaran lumayan untuk berpaling tadah.

Menurut DAP mereka ditawarkan "Durian RM30" namun tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan "Durian RM30". 

Memburukkan JKOM?

Semakan dinombor yang dilaporkan polis 01169830159 itu dinamakan sebagai ‘Jkom’ dan satu lagi 01169894798 sebagai ‘Jkom Perikatan Nasional’ sebagai meragukan. Ia pastinya dihantar oleh pasukan yang sama berdasarkan siri nombor telefon itu.

Dan tidak ada agensi kerajaan yang bodoh untuk menamakan dirinya untuk dikenali bagi kerja-kerja ‘black opps’ sebagai JKOM untuk menghantar mesej kepada Ahli Parlimen bagi urusan jual beli MP.

Dan apa bodohnya agen membeli MP itu perlu WhatsApp bagi urusan RM30 juta?

Kalau DAP boleh berlakon melapor polis mengapa tidak DAP berlakon saja hadir dan berjumpa dengan agen pembeli itu bagi mengumpul bukti bergambar, ambil wang dan sebagainya bagi menangkap siperasuah.

Apakah rakyat Malaysia begitu bodoh sehingga WhatsApp sesat boleh dianggap bukti sahih? Entah-entah DAP yang hantar sendiri atau pihak tertentu hanya bagi tujuan memberi persepsi jual beli MP sedang berlaku.

Profesionallah sikit kalau nak jual atau beli! Janganlah WhatsApp macam budak we chat. RM 30juta kot!!!!

Semoga SKMM dan Polis menyiasat penyebar WhatApps palsu ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10 Comments