Vaksin Cansino tiba di Malaysia 13 Ogos, KJ perlu tepati janji kepada Sabah
13:08 Aug 08, 2021  |  By SabahKini2
Vaksin Cansino tiba di Malaysia 13 Ogos, KJ perlu tepati janji kepada Sabah

Sebagaimana janji Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji bahawa Sabah akan diutamakan dalam penghantaran vaksin dos tunggal

Malaysia akan menerima bekalan vaksin dos tunggal CanSino dari China sebanyak 400,000 dos vaksin pada 13 hingga 15 ogos ini.

Difahamkan bekalan vaksin itu akan tiba di negara ini menerusi penerbangan komersial AirAsia.

Sebagaimana janji Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa Sabah akan diutamakan dalam penghantaran vaksin dos tunggal ini

Rakyat Sabah akan melihat sama ada Khairy menunaikan janji ataupun ‘mencapati’ janjinya. Jika beliau memungkiri janjinya pastinya pemimpin Negeri dan juga netizen menyerang KJ berhubung hal vaksin ini.

Kes Covid-19 harian Sabah mencatatkan lebih 1000 kes setiap hari sejak minggu lalu namun program vaksinasi Sabah mencatatkan rekod tertinggi melebihi 48 ribu dos sehari.

Kredit Infografik: Sabahmedia.com

Semalam jumlah kumulatif penerima vaksin di Sabah mencecah 1,518,429 dos dengan dos 1 adalah 1,069,616 dan dos kedua 448,813. Jumlah harian ialah 47,202 dos. Ini bermakna Kerajaan Sabah mungkin mampu membuat pemberian vaksin sehingga 60 ribu dos sehari bergantung kepada bekalan vaksin.

Penghantaran vaksin dos tunggal penting bagi Sabah agar dapat menjangkau masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau-pulau terpencil yang terhalang disebabkan keadaan muka bumi yang sukar dan jauh selain faktor kos.

Program outreach di Sabah terus mendapat sambutan dari rakyat luar bandar di Sabah. Sabah perlu segera mencapai imuniti kelompok menjelang oktober ini. Negeri jiran Sabah iaitu Labuan dan Sarawak membuktikan kadar vaksinasi lebih 40 peratus mampu mengurangkan kes Covid-19 dam meringankan beban kapasiti di kesihatan awam.

 

11 Comments