KPPT 'Kayangan' tangguh pelantikan NC wanita pertama UiTM bukti gagalnya Noraini sebagai Menteri KPT!
07:08 Aug 11, 2021  |  By SabahKini2
KPPT 'Kayangan' tangguh pelantikan NC wanita pertama UiTM bukti gagalnya Noraini sebagai Menteri KPT!

Bukan kali pertama Dr Noraini cuai sebagai Menteri KPT. Kini lihat akibatnya. Bagaimana Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor TNC (Akademik & Antarabangsa) boleh memangku sebagai Naib Canselor UiTM sejak Mac 2021 sedangkan beliau boleh melantiknya. Kini..

Hanya dua hari Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi beberapa keputusannya di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi sudah berubah.

Ialah kuasa tiada, Menteri pun tiada maka sama ada KSU atau Ketua Pengarah Pengajian Tinggi boleh mengubah semua urusan pelantikan dibuat oleh Datuk Seri Noraini.

Baru saja 7 Ogos pengumuman dibuat pelantikan Naib Canselor wanita pertama iaitu Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga ditangguhkan pada tarikh yang sama.

Roziah sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) memangku jawatan nombor satu institusi itu sejak Mohd. Azrai tamat tempoh perkhidmatannya pada 10 Mac lalu.

Pelantikannya dibuat oleh Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi, melalui sepucuk surat bertarikh 2 Ogos lalu (sebenarnya backdated) selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 20 (1) Akta UiTM bagi tempoh berkuat kuasa mulai 9 Ogos 2021 sehingga 11 Oktober 2023.

Bagaimanapun surat penangguhan dikeluarkan oleh Prof Dato’ Dr Husaini Omar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi 'Kayangan' bertarikh 7 Ogos menyebut pelantikan sebagai Naib Canselor UiTM ditangguhkan  sehingga keputusan baharu dibuat oleh pihak kerajaan.

Nampaknya tak betapa bencinya Pegawai KPT kepada Datuk Seri Dr Noraini? Menteri KPT paling gagal berfungsi dan tidak melakukan apa-apa ketika menjadi Menteri. Peranan terbesarnya ialah ‘Menteri Tiktok’.

Ketika beliau sebagai Menteri KPT pelantikan Naib Canselor universiti pun memakan masa berbulan-bulan, Ahli Lembaga Pengarah Universiti pun gagal ditukar dengan segera, Pegawai kementerian juga lambat distruktur semula dan paling dipertikaikan ialah sikapnya tidak mengambil tindakan tegas kepada Prof Dato’ Dr Husaini Omar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi 'Kayangan' dan dua TNC UPM yang dikenakan denda RM2,000 atas kesalahan mengingkar prosedur operasi standard (SOP) mengadakan jamuan raya di asrama pelajar di UPM Mei lalu.

Apa tindakannya terhadap Prof Dato’ Dr Husaini Omar KPPT, Dua orang TNC UPM Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan TNC Akademik & Antarabangsa dan Prof  Dr Arifin Abdu TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) tidak pun diambil tindakan tatatertib? 

[ARTIKEL BERKAITAN- Ketua Pengarah, Dua TNC UPM dikompaun RM16,000, Menteri dan KPPA wajar segerakan tindakan tatatertib! ]

Telah dimaklumkan berkali-kali kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi agar segera mengambil tindakan tatatertib kepada Ketua Pengarah 'kesayangannya' dan dua TNC UPM itu sejajar arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman tindakan tatatertib dibawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. Tapi Noraini mempertahankan KP Kayangan kesayangannya itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Demi jawatan Naib Canselor, Ketua Pengarah KPT, Dua TNC UPM sanggup dikompaun RM10,000 ]

Ketua Pengarah, Dua TNC UPM dikompaun RM16,000, Menteri dan KPPA wajar segerakan tindakan tatatertib!

 

Sekarang apa jadi?

Dr Noraini letak jawatan 6 Ogos, pada 7 Ogos pelantikan Naib Canselor UiTM yang dia bangga direkodkan sebagai pelantikan Wanita telah ditangguhkan. Berkemungkinan besar untuk dibatalkan segera. Itulah yang berlaku. Pegawai Kementerian hanya hormat Noraini ketika sebagai Menteri  namun jika jawatan tamat tidak perlu menunggu seminggu atau sebulan selepas 10 minit pun pegawai akan tinggalkan.

Sepatutnya Prof. Dr. Roziah dilantik lebih awal bagi mengelak sesuatu yang tidak bagus berlaku sebagaimana hari ini ketika Noraini tiada kuasa pelbagai pihak menyingkirkannya. Baru saja mahu merebut gelaran menobatkan Naib Canselor UiTM wanita pertama dah di 'sailang' oleh pegawai sendiri. 

Apapun alasannya seperti ada pihak tertentu mahu meletakkan seseorang yang mempunyai 'kabel' besar sebagai Naib Canselor UiTM ia tidak sepatutnya berlaku jika Noraini menguruskannya lebih awal.

 

 

Peletakan jawatan orang politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti perkara biasa kerana Menteri melantik dah tiada lagi, tidak ada pilihan  mereka juga kena meletak jawatan di Universiti. Oleh itu peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan ahli sebagai perkara biasa. Menteri yang baharu sudah tentu akan menyingkirkan mereka dan membawa orangnya. Siapa tak sayang jawatan. Tapi yang tahu akibatnya pasti meletak jawatan sebelum dimalukan. 

Tetapi  penjawat awam yang dah sedia ada atau baru dilantik dalam Universiti atau kementerian tidak wajar ditangguh atau ditamat jika sekiranya Menteri telah bersiap sedia lebih awal menolongnya.

Ia hanya mencerminkan Menteri KPT gagal lari dari medan perang. Dahlah IPT tak terurus dengan isu kebajikan, peruntukan, 'politik universiti' dan banyak perkara tidak selesai dikampus tiba-tiba atas nama politik meninggalkan kementerian dalam keadaan terkapai-kapai. Paling tidak selesaikan isu pengurusan Covid-19 di kampus dahulu. Tidak ada sesuatu yang membanggakan KPT sejak Dr Noraini menggalas Menteri Pengajian Tinggi. 

Apa yang akan mungkin berlaku ialah mungkin lebih ramai lantikan bawahnya disingkirkan selepas ini. Inilah cara Noraini menolong 'orang-orangnya' selepas ketiadaanya. 

Tak boleh fikir bagaimana  Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) boleh memangku sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak Mac 2021 selepas kerusi Naib Canselor itu kosong. Ia sepatutnya selesai 4 bulan lalu! Kalau mahu menolong 4 bulan lalu dah jadi Naib Canselor. Sekarang salah siapa, mahu menangis? Salahkan 'kabel' mengganggu pelantikan? semua terlambat.

 

 

21 Comments