KKM lulus vaksin remaja usia 12 - 17 tahun
17:08 Aug 13, 2021  |  By SabahKini2
KKM lulus vaksin remaja usia 12 - 17 tahun

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam surat pekeliling bertarikh 12 Ogos berkata vaksinasi ini akan melibatkan remaja yang berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu.

Malaysia akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja pada pertengahan September, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam surat pekeliling bertarikh 12 Ogos berkata vaksinasi ini akan melibatkan remaja yang berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu.

Selain itu ia turut melibatkan golongan remaja berumur 16 hingga 17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

“Namun begitu, implementasi bergantung kepada bekalan vaksin,” katanya memetik pekeliling itu.

“Program imunisasi kepada kumpulan remaja itu akan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas seperti di hospital-hospital dan institusi perubatan.” katanya melalui surat pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan.

Selain itu, lokasi yang dicadangkan ialah PPV di klinik kesihatan atau PPV yang telah dikenal pasti termasuk program-program jangkauan seperti imunisasi di sekolah.

7 Comments