Kerjasama rentas parti menepati slogan 'rakyat didahulukan'
01:08 Aug 14, 2021  |  By SabahKini2
Kerjasama rentas parti menepati slogan 'rakyat didahulukan'

Presiden PBS yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata 7 cadangan ke arah kestabilan & kerjasama diutarakan oleh Muhyiddin hendaklah dipertimbang secara positif oleh semua pihak

KUALA LUMPUR: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengatakan pengumuman Perdana Menteri satu peluang yang jarang diperoleh untuk menjalin kerjasama dan mengetepikan perbezaan politik, sekali gus menepati slogan 'rakyat didahulukan.'

Presidennya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata tujuh cadangan ke arah kestabilan dan kerjasama yang diutarakan oleh Muhyiddin hendaklah dipertimbang secara positif oleh semua pihak.

"Ini peluang untuk mewujudkan kerjasama di antara parti dan berganding bahu dalam mengembalikan negara ke landasan yang kukuh, ke arah mencapai pemulihan kesihatan serta ekonomi.

"Saya menyeru agar semua rakan dalam pembangkang merebut peluang ini untuk meletakkan keperluan dan keutamaan negara ke arah mencapai kestabilan ekonomi serta politik, dan bersama-sama membawa negara ke hadapan sebagai komitmen solidariti kita," katanya dalam kenyataan malam ini.

Cadangan kedua ialah mendokong prinsip "Whole of Government" dan "Whole of Society" dalam memerangi pandemik COVID-19, iaitu libat urus dengan pelbagai pihak termasuk pimpinan parti pembangkang untuk mendapatkan cadangan bagi menambah baik Pelan Pemulihan Negara (PPN). – BERNAMA

7 Comments