Agong perkenan Muhyiddin PM 'Caretaker' selepas letak jawatan
16:08 Aug 16, 2021  |  By SabahKini2
Agong perkenan Muhyiddin PM 'Caretaker' selepas letak jawatan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta-merta.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta-merta.

Susulan itu, Seri Paduka juga bertith supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri ‘caretaker’ atau sementara sehingga perdana menteri baru dilantik.

"Pada sesi mengghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang berlangsung selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta merta berkuat kuasa pada hari ini.

"Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya YAB Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker perdana menteri sehingga perdana menteri baru dilantik," kata kenyataan yang dikeluarkan Istana sebentar tadi.

Tindakan itu, adalah selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai perdana menteri baru untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Dalam kenyataan tersebut Istana Negara turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan jemaah menterinya atas khidmat dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

"Selaku ketua utama negara, Seri Paduka Baginda memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh YAB Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin berteraskan keluruhan perlembagaan persekutuan dna kedualatan undang-undang," kata kenyataan itu.

Muhyiddin hilang majoriti selepas 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan.

Namun beberapa hari lalu, dalam usaha untuk mendapatkan semua majoriti, Muhyiddin telah menawarkan pelbagai reformasi sebagai pertukaran untuk sokongan ahli parlimen pembangkang tetapi ditolak.

Tawarannya termasuk dana yang sama untuk ahli parlimen pembangkang dan reformasi yang telah lama dilobi oleh pembangkang, seperti had jangka waktu untuk perdana menteri, undang-undang antilompat parti, dan komposisi jawatankuasa pilihan parlimen yang lebih inklusif.

7 Comments