Kibar Jalur Gemilang, Bendera Negeri bangkit Patriotisme – Hajiji
23:08 Aug 16, 2021  |  By SabahKini2
Kibar Jalur Gemilang, Bendera Negeri  bangkit Patriotisme – Hajiji

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyeru kepada rakyat Malaysia di seluruh Sabah untuk mengibarkan Jalur Gemilang (bendera kebangsaan) dan bendera negeri dengan rasa bangga dan patriotisme pada bulan Kebangsaan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyeru kepada rakyat Malaysia di seluruh Sabah untuk mengibarkan Jalur Gemilang (bendera kebangsaan) dan bendera negeri dengan rasa bangga dan patriotisme pada bulan Kebangsaan.

“Mari kita ketepikan semua perbezaan dan bersatu untuk mengatasi semua cabaran yang dihadapi negara khususnya dalam memerangi wabak COVID-19, ”katanya semasa pelancaran bulan Kebangsaan Peringkat Negeri dan Kibar Jalur Gemilang di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dekat sini pada Isnin.

Beliau berkata, bulan Kebangsaan harus menjadi platform bersama bagi semua rakyat Malaysia memanfaatkan kekuatan untuk negara dan Sabah maju.

Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan bendera kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri, Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Tan Sri T C Goh mewakili dewan Perdagangan dan Industri, Dr Rahimatsah Amat bagi pihak badan bukan kerajaan dan Kinabalu Parks Senior Park Ranger, Engelbert Panil.

Sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini, Jalur Gemilang dan bendera negeri akan dikibarkan di puncak Gunung Kinabalu oleh renjer taman diketuai oleh Engelbert.

Lebih daripada 20,000 bendera kebangsaan dan negari sedang diedarkan kepada orang ramai dan sektor swasta sempena bulan Kebangsaan.- SabahMedia

Comment