Dulu sanggup mati bubar DUN kini Shafie Warisan kemaruk mahu jadi PM!
01:08 Aug 17, 2021  |  By SabahKini2
Dulu sanggup mati bubar DUN kini Shafie Warisan kemaruk mahu jadi PM!

Ketika Shafie dan Warisan hilang kuasa julai 2020, Shafie nekad tak mahu letak jawatan tetapi bubarkan DUN demi kuasa. Katanya sanggup mati dari beri kuasa percuma. Hasil PRN Covid-19 merebak, Warisan tumbang ditolak rakyat. Kini Shafie mimpi ..

Pembangkang nampaknya tidak sehaluan menentukan siapa PM mereka. Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim atau Shafie Apdal.

Bagi Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman, Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal wajar dilantik sebagai calon Perdana Menteri baharu berdasarkan pengalaman beliau lebih 30 tahun dalam politik.

Menurut Azis,  Shafie diyakini dapat memberi perubahan dalam pentadbiran negara di bawah kerajaan baharu yang lebih stabil.

Sekalipun tidak meletakkan sepenuh harapanmencapai konsensus bersama parti-parti pembangkang lain termasuk DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) beliau yakin Shafie Apdal PM sesuai.

“Saya akan menjadi pilih kasih jika ditanya tentang ini kerana saya dengan beliau dari parti dan negeri yang sama jadi sudah tentu saya mengiakan pencalonan beliau..

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika Ahli Parlimen Semporna itu sesuai menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan persediaan pembangkang memberikan ‘Kabinet bayangan’

Muhyiddin menyerahkan surat peletakan jawatannya hari ini.  Yang di-Pertuan Agong dalam satu kenyataan memperkenankan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Bagi pemimpin PH seperti PKR dan DAP mereka cukup yakin Anwar Ibrahim mempunyai cukup ‘nombor’ sebagai Perdana Menteri.

UMNO dalam satu kenyataan malam ini mencadangkan sebuah kerajaan ‘War Cabinet’ yang hanya memfokuskan proses pemulihan negara mendepani pandemik Covid-19

Desakan Warisan Junz Wong Muhyiddin letak jawatan

Sementara itu Junz Wong dan Warisan yang mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana kehilangan majoriti dikecam rakyat kerana 'lupa diri' bahawa ketika Warisan kehilangan kuasa julai 2020 Shafie Apdal tidak pun meletak jawatan sebaliknya membubarkan DUN Sabah sehingga mencetuskan gelombang ketiga Covid-19 di seluruh negara.

Shafie ketika itu  bertegas mengadakan PRN dan berkata sanggup mati dari menyerahkan kuasa Ketua Menteri. Tidak mengapa rakyatnya sengsara.

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie ulang laungan 'Sanggup berani mati' bubar DUN dikala Sabah kes tertinggi COVID-19, rakyat sengsara ]

BUKTI VIDEO: Sanggup mati dari meletak jawatan atau serah jawatan kepada TYT

 

Hari ini selepas sahaja Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan Warisan dan Shafie sudah mula berangan untuk menjadi Perdana Menteri. Pemimpin Warisan sudah mula mencanangkan nama Shafie Apdal. 

Terdapat juga usaha daripada Warisan mahu membeli beberapa ADUN di Sabah untuk merampas kuasa daripada GRS dengan menawarkan RM3 juta kepada ADUN. Bagaimanapun usaha ini masih gagal. Warisan berusaha keras menggunakan duit Peter Anthony membeli ADUN namun gagal. Oleh itu mereka mengintai kerajaan Persekutuan iaitu kedudukan PM yang disokong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. 

41 Comments