Mulai esok 6 lokaliti akan dikenakan PKPD di Sabah
15:08 Aug 17, 2021  |  By SabahKini2
Mulai esok 6 lokaliti akan dikenakan PKPD di Sabah

Keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

KOTA KINABALU: Enam lagi lokaliti di Tawau, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini hingga 31 Ogos depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md Saad berkata, enam lokaliti di Tawau adalah Kampung Mentadak Baru; Kampung Sri Ama; Batu 3 1/2 di Jalan Apas; Kampung Hidayat; Batu 4; Taman Semarak Jaya; Lorong Damai, Jalan Damai dan Lorong Haji Marzuki; Jalan Damai.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Rodzi berkata, 2 lokaliti di Kampung Binsulok di Beaufort, Sabah pula ditamatkan hari ini seperti tarikh yang dijadualkan.

Comment