Ahmad Maslan sahkan Ismail Sabri calon PM ke-9
07:08 Aug 18, 2021  |  By SabahKini2
Ahmad Maslan sahkan Ismail Sabri calon PM ke-9

Berpadu bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak & Ahli-Ahli MKT UMNO.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai calon Perdana Menteri yang akan dipersembahkan kepada Istana Negara.

Perkara itu dinyatakan menerusi ciapan di Twitter beliau.

"Berpadu bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak & Ahli-Ahli MKT UMNO.

"Dihantar hanya satu nama sebagai calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

"Moga ALLAH SWT memberkati usaha kami," tulis beliau.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO sebelum itu bermesyuarat bagi membincangkan nama calon Perdana Menteri susulan semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan berkanun kepada Istana Negara dan menamakan calon Perdana Menteri kesembilan.



6 Comments