PAS sokong Ismail Sabri sebagai PM baharu
16:08 Aug 18, 2021  |  By SabahKini2
PAS sokong Ismail Sabri sebagai PM baharu

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata semua 18 Ahli Parlimennya akan menterjemahkan sokongan itu kepada Agong.

PETALING JAYA: PAS mengesahkan parti itu sebulat suara menyokong dan mencalonkan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata semua 18 Ahli Parlimennya akan menterjemahkan sokongan itu kepada Agong.

“PAS menamakan dan mencalonkan Ismail Sabri sebagai perdana menyeri sebulat suara,” katanya kepada FMT.

Malam tadi, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara memilih Ismail sebagai calon perdana menteri baharu.

Selain PAS dan BN, rakan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menyatakan pendirian akan menyokong pencalonan Ismail.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob

Ismail Sabri dilantik timbalan perdana menteri Julai lalu selepas menjadi menteri kanan dalam kabinet Muhyiddin Yassin yang berundur daripada jawatan tertinggi itu selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Semalam, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri ke-9 kepada Istana Negara.

Ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya 4 petang ini untuk mengemukakan surat akuan secara bertulis. -FMT

2 Comments