Lantik TPM dari Sabah, Sarawak' - Masing
13:08 Aug 21, 2021  |  By SabahKini2
Lantik TPM dari Sabah, Sarawak' - Masing

Mengulangi pendiriannya, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing menegaskan, sekiranya perlu, Perdana Menteri baharu mungkin boleh melantik dua calon untuk jawatan tersebut.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri wajar diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak sebagai mengiktiraf sumbangan dua negeri ini dalam pembentukan Kerajaan dan politik yang stabil.

Mengulangi pendiriannya, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing menegaskan, sekiranya perlu, Perdana Menteri baharu mungkin boleh melantik dua calon untuk jawatan tersebut.
 
“Sekiranya Perdana Menteri baharu berhasrat memilih dua individu bagi mengisi portfolio tersebut, pastikan satu untuk parti di Semenanjung dan satu lagi dari Sabah atau Sarawak.

‘’Pelantikan ini akan menjadi sejarah buat negara kerana sejak pembentukan Malaysia, Putrajaya tidak pernah mengiktiraf sumbangan kami dalam mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah negara,’’ kata Masing dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, ujarnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini membantu dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dengan sokongan 18 ahli parlimen.

Malah dalam usaha pembentukan kerajaan baharu ketika ini, GPS tetap memberikan sokongan kepada calon Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dengan bantuan dan sokongan diberikan oleh ahli parlimen GPS ini, Putrajaya seharusnya mengiktiraf peranan kami dengan memberikan jawatan tersebut kepada gabungan kami.

‘’Dan untuk pemillihan tersebut, biarlah gabungan kami (GPS) yang menentukan calon tersebut,’’ tambahnya lagi.
 
Masing sebelum ini konsisten dengan pendiriannya agar ahli parlimen dari GPS dilantik sebagai Timbalan Perdana Malaysia di bawah kepimpinan baharu ini.
Comment