Kes Rasuah Jabatan Air Sabah dibicara serentak 21 Februari
10:01 Jan 31, 2018  |  By SabahKini2
Kes Rasuah Jabatan Air Sabah dibicara serentak 21 Februari

Akhirnya kes ini dibicarakan serentak. Ia menjawab persoalan kes ini dikatakan senyap. Sekarang kita harus menunggu Shafie Apdal dan anak-anak buahnya didakwa pula.

KOTA KINABALU –Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Teo Chee Kong akan dibicara serentak pada 21,22 dan 23 Februari depan bersama tiga tertuduh lain bagi kes pengubahan wang haram jabatan berkenaan di antara tahun 2010 hingga 2016.

Tiga tertuduh yang akan dibicarakan bersama Teo Chee Kong, 53, ialah bekas Pengarah JANS, Awang Mohd. Tahir, 55, isterinya, Fauziah Piut, 52, serta seorang lagi bekas timbalan pengarah jabatan itu, Lim Lam Beng, 63.

Perbicaraan itu dijalankan serentak dengan tiga tertuduh lain berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan JANS.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan demikian selepas membenarkan permohonan daripada pihak pendakwaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya kes Teo dibicarakan serentak dengan tiga tertuduh lain.
 
Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Farez Rahman.

Teo diwakili peguam Roland Cheng, Ram Singh dan Nelson Anggang.

Pada 13 Disember lalu, Teo, 53, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap 146 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram bernilai RM32.923 juta.

Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

 

9 Comments