Lebih separuh kes Covid-19 Sabah kes tertunggak- Masidi Manjun
10:08 Aug 23, 2021  |  By SabahKini2
Lebih separuh kes Covid-19 Sabah kes tertunggak- Masidi Manjun

Masidi Manjun berkata, lebih separuh daripada 2,638 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah semalam bukan berlaku dalam tempoh 24 jam tetapi adalah kes tertunggak, dengan ada yang melebihi lima hari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, lebih separuh daripada 2,638 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah semalam bukan berlaku dalam tempoh 24 jam tetapi adalah kes tertunggak, dengan ada yang melebihi lima hari.

“Sebanyak 369 kes atau 14% adalah kes tertunggak melebihi lima hari, 378 kes (14.3%) melebihi empat hari dan 892 kes (33.8%) lewat didaftar melebihi dua hari,” katanya kepada media

Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,640 kes atau 62.2% dikesan hasil saringan kontak rapat.

Katanya, 611 kes atau 23.2% daripada saringan bergejala dan 139 kes atau 5.3% daripada kluster aktif.

“Daripada jumlah kes baharu itu juga, seramai 1,550 orang atau 58.8% pesakit dalam Kategori dua, 991 atau 37.6% Kategori satu, 12 orang dalam Kategori tiga, enam orang dalam Kategori empat dan tujuh orang dalam Kategori lima.”

Situasi ini menunjukkan walaupun kes harian meningkat tetapi masih terkawal kerana lebih ramai dalam kategori satu dan dua.

Sementara itu dilaporkan 789,178 orang atau lebih 26 peratus rakyat Sabah telah lengkap dua dos vaksin. Jumlah kumulatif penerima vaksin Negeri Sabah ialah 2,226,840.

Sabah berjaya memberi vaksin lebih 55 ribu sehari bagi mempercepatkan imuniti kelompok di Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN - 2.2 juta terima vaksin, lebih 700,000 orang lengkap dua dos di Sabah ]

 

 

 

1 Comment