23 lokaliti dikenakan PKPD sehingga 7 September di Sabah
17:08 Aug 24, 2021  |  By SabahKini2
23 lokaliti dikenakan PKPD sehingga 7 September di Sabah

PKP akan dikenakan di 23 lokaliti sehingga 7 September di Sabah. Antara lokaliti yang dikenakan PKPD iaitu 6 lokaliti di Kota Kinabalu, 4 lokaliti di Kawasan Penampang, 4 lokaliti di Tawau, 3 lokaliti di Kinabatangan, 2 lokaliti di Lahad Datu, 2 lokaliti

KOTA KINABALU: Sebanyak 23 lokaliti di seluruh Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 7 September depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, enam lokaliti PKPD di Kota Kinabalu termasuk Kampung Cenderamata 2 dan Cempaka Likas, Inanam Laut, Bambangan Inanam, Keliangau, Lapasan, dan Taman Kuala Menggatal.

Katanya, empat lokaliti melibatkan kawasan Penampang iaitu Delta Height, Kampung Sindaanan, Rain Field Garden, dan Maju Kota Lights Industri Jalan Lama Penampang.

Menurutnya, empat lagi lokaliti di Tawau dikenakan PKPD iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah, Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang Pulau Sebatik, dan Tanjung Batu Laut Logpon.

"Tiga lokaliti di Kinabatangan turut dikenakan PKPD iaitu Kampung Pelangi, Sri Manis dan Ladang Sungai Pin, manakala dua lokaliti di Lahad Datu melibatkan kawasan perumahan Ladang Sahabat 55 dan Taman Perumahan Satu.

"Daerah Papar melibatkan dua lokaliti iaitu Taman Limawan Kinarut dan Kampung Mondikot. Dua lagi lokaliti dikenakan PKPD termasuk Ladang Mawang Kalabakan dan Kem Saw Mill (Kilang Papan) Mengayam Sri Arjuna Sipitang," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, dua lokaliti yang sepatutnya tamat PKPD hari ini dilanjutkan PKPD bermula esok iaitu Taman Kinarut Ria Papar dan Kampung Kota Tuaran.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 14 kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dikeluarkan di seluruh Sabah.

Masidi berkata, ia termasuklah sembilan kompaun gagal mendaftar masuk premis, satu kompaun tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan, satu kompaun pergerakan keluar masuk kawasan PKPD, dan tiga kompaun tidak memakai pelitup muka.

Menurutnya, sebanyak 260 daripada 35,397 kenderaan yang diperiksa diarah berpatah balik membabitkan 172 sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksana dalam tempoh 24 jam.

Comment