Kes COVID-19 di Sabah melonjak naik sehingga 3,376
17:08 Aug 24, 2021  |  By SabahKini2
Kes COVID-19 di Sabah melonjak naik sehingga 3,376

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 430 kes iaitu 12.7 peratus adalah kes daftar lewat melebihi lima hari.

KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah naik secara mendadak dengan jumlah 3,376 kes direkodkan hari ini peningkatan sebanyak 902 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 430 kes iaitu 12.7 peratus adalah kes daftar lewat melebihi lima hari.

Katanya, sebanyak 414 kes iaitu 12.3 peratus adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat hingga lima hari dan 1,286 kes lagi (38.1 peratus) adalah kes positif yang lewat didaftar sekitar tiga hari.

"Sebanyak 3,316 kes iaitu 98.2 peratus adalah pesakit kategori satu, 42 kes pesakit kategori dua, tujuh kes kategori tiga, satu kes kategori empat dan 10 kes kategori lima.

"Daerah Kota Kinabalu kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 741 kes, diikuti Tuaran 438 kes, Penampang 335 kes, Papar 257 kes, Sandakan 209 kes, Tawau 179 kes, Sipitang 146 kes, dan Putatan 134 kes.

"Lahad Datu mencatatkan sebanyak 132 kes, Keningau 126 kes, Beaufort 122 kes, Kinabatangan 107 kes, Kota Belud 77 kes, Kota Marudu 58 kes, Telupid 55 kes, Tongod 54 kes, Ranau 42 kes, Kunak 25 kes, Nabawan 24 kes, serta Beluran dan Tenom masing-masing 23 kes," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, daerah Kudat merekodkan sebanyak 21 kes, diikuti Pitas 16 kes, Tambunan 12 kes, Kuala Penyu dan Kalabakan masing-masing tujuh kes, dan Semporna enam kes.

Beliau berkata, sebanyak 2,094 kes (62 peratus) dikesan melalui saringan kontak rapat, 784 kes (23.2 peratus) melalui saringan bergejala dan 164 kes (4.9 peratus) dikesan daripada kluster sedia ada.

Katanya, hampir 65 peratus daripada mereka yang terjangkit adalah dalam golongan berumur 17 hingga 59 tahun, 19 peratus berumur 6 hingga 17 tahun, 8.8 peratus antara 1 hingga 5 tahun dan 6.7 peratus berumur 60 tahun ke atas.

Masidi berkata, sehingga 23 Ogos lepas, 53.3 peratus penduduk dewasa Sabah memperolehi satu dos vaksin dan 31.4 peratus melengkapkan pengambilan dua dos.

Comment