3,224 kes di rekodkan, kes baharu COVID-19 di Sabah masih tinggi
17:08 Aug 25, 2021  |  By SabahKini2
3,224 kes di rekodkan, kes baharu COVID-19 di Sabah masih tinggi

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,385 kes iaitu 43 peratus adalah kes positif yang lewat didaftar antara dua hingga tiga hari.

KOTA KINABALU: Selepas kenaikan mendadak semalam, kes baharu COVID-19 di Sabah masih merekodkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 3,224 kes hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,385 kes iaitu 43 peratus adalah kes positif yang lewat didaftar antara dua hingga tiga hari.

Katanya, sebanyak 315 kes (9.8 peratus) adalah kes daftar lewat melebihi lima hari dan 322 kes iaitu 10 peratus adalah keputusan saringan yang didaftar lewat sehingga lima hari.

Menurutnya, sebanyak 2,098 kes iaitu 65 peratus adalah saringan kontak rapat, manakala 788 kes (24.4 peratus) diperolehi melalui saringan bergejala dan 75 kes (2.3 peratus) daripada kluster.

"Seramai 2,878 iaitu 89.2 peratus kes yang direkodkan membabitkan pesakit warganegara dan 346 kes lagi bukan warganegara.

"Kota Kinabalu masih merekodkan kes tertinggi dengan 630 kes, diikuti Penampang 413 kes, Tuaran 348 kes, Papar 319 kes, Sandakan 245 kes, dan Tawau 189 kes.

"Daerah Kota Belud merekodkan sebanyak 128 kes, Keningau 120 kes, Lahad Datu 102 kes, Putatan 94 kes, Kota Marudu 88 kes, Sipitang 82 kes, Ranau 58 kes, Beaufort 55 kes, Tongod 54 kes, Kinabatangan 53 kes, dan Pitas 52 kes," katanya.

Beliau berkata, Beluran mencatatkan sebanyak 40 kes, Telupid dan Kudat masing-masing 25 kes, Nabawan 24 kes, Kalabakan 22 kes, Tenom 17 kes, Kuala Penyu 13 kes, Kunak 11 kes, Semporna sembilan kes, dan Tambunan lapan.

Katanya, setakat 24 Ogos lepas, 53.9 peratus penduduk dewasa Sabah memperolehi satu dos dan 32.5 peratus melengkapkan pengambilan dua dos.

1 Comment