Cubaan menyeludup keluar minyak petrol ke negara jiran digagalkan PPM
16:08 Aug 26, 2021  |  By SabahKini2
Cubaan menyeludup keluar minyak petrol ke negara jiran digagalkan PPM

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, hasil pemeriksaan terhadap bot bekenaan telah menjumpai beberapa jeriken berisi minyak petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan aktiviti menyeludup keluar minyak petrol ke negara jiran di kawasan laut pelabuhan, kelmarin. Anggota PPM yang menjalankan tugas di lokasi berkenaan mengesan pergerakan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata pasukannya bertindak menghampiri bot berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan.

“Suspek yang menyedari kehadiran pasukan keselamatan bertindak terjun laut dan berjaya meloloskan diri ke kawasan bakau laut Sum-Sum.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot bekenaan telah menjumpai beberapa jeriken berisi minyak petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya semalam.

Menurutnya, semua barang rampasan termasuk bot berkenaan di bawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM14,762.50 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara. Maklumat boleh terus disalurkan terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhasApp ke Pusat Kawalan PPM Wilayah 4 Sabah ditalian 013-9391197.

Comment