Malaysia tidak layan sebarang tuntutan Filipina terhadap Sabah- Anifah
14:01 Jan 31, 2018  |  By SabahKini2
Malaysia tidak layan sebarang tuntutan Filipina terhadap Sabah- Anifah

Malaysia hari ini menegaskan sekali lagi pendiriannya yang tidak akan mengiktiraf dan melayan tuntutan mana-mana pihak terhadap Sabah.

PUTRAJAYA: Semacam drama terancang selepas Pakatan harapan bertemu Duta Eropah pada 25 Januari lalu kini Filipina pula mula membuat tuntutan terhadap Sabah. media antarabangsa turut melaporkan tuntutan tersebut.

Susulan daripada itu Malaysia hari ini menegaskan sekali lagi pendiriannya yang tidak akan mengiktiraf dan melayan tuntutan mana-mana pihak terhadap Sabah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Pertubuhan Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhan persekutuan ini pada 16 September 1963.

Menurut laporan itu, Pimentel, yang dilantik bagi mengkaji semula Perlembagaan 1987, berkata beliau akan mencadangkan kemasukan Sabah ke dalam Filipina sebagai sebahagian daripada peralihan negara itu kepada sistem kerajaan persekutuan.

“… kenyataan (tuntutan) seperti ini akan hanya mendedahkan kejahilan tentang sejarah dan undang-undang antarabangsa di pihak mereka yang menyuarakannya serta berpotensi untuk merosakkan hubungan 2 hala yang begitu kukuh antara Malaysia dan Filipina ketika ini,” kata Anifah dalam satu kenyataan.

Semasa Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur pada 1977, Presiden Ferdinand Marcos berikrar untuk menggugurkan tuntutan Filipina terhadap Sabah yang wujud sejak sekian lama sebelum itu.

Nampaknya ada pihak-pihak di Sabah terutama penyokong Warisan di Sabah gembira dengan pengumuman pemimpin Filipina ini untuk menuntut Sabah. Malam tadi 335 tahanan warga Filipina termasuk yang pro parti Warisan diusir pulang ke negara asal menerusi Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.

1 Comment