YDP Agong terima sembah senarai Kabinet baharu
16:08 Aug 26, 2021  |  By SabahKini2
YDP Agong terima sembah senarai Kabinet baharu

Istana Negara menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan sembah maklum itu dilakukan Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima sembah maklum senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis sembah menghadap itu berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi tadi di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Istana Negara menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan sembah maklum itu dilakukan Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.

"Sesi menghadap hari ini merupakan yang kali kedua bagi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri.

"Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu," memetik perkongsian di akaun Facebook rasmi Istana Negara.

Selesai sesi menghadap, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada Perdana Menteri.

 

Comment