Perdana Menteri akan umum anggota Kabinet 11 pagi esok
18:08 Aug 26, 2021  |  By SabahKini2
Perdana Menteri akan umum anggota Kabinet 11 pagi esok

Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan bahawa anggota Kabinet baharu akan diumumkan 11 pagi esok, manakala majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan akan berlangsung pada 30 Ogos 2021.

KUALA LUMPUR: Pengumuman anggota Kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal diumumkan pada jam 11 pagi pada Jumaat (27 Ogos 2021).

Perkara ini disahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan itu akan berlangsung pada Isnin depan, jam 2.30 petang.

Awal petang tadi, PMO memaklumkan tiada sebarang pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan jemaah menteri beliau.

Ismail Sabri sebelum itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama 1 jam 30 minit di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Istana Negara memaklumkan, pada majlis sembah menghadap itu, Ismail Sabri telah menyembah maklum senarai Anggota Kabinet beliau kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.

2 Comments