31 Menteri, 38 Timbalan Menteri angkat sumpah di Istana Negara hari ini
16:08 Aug 30, 2021  |  By SabahKini2
31 Menteri, 38 Timbalan Menteri angkat sumpah di Istana Negara hari ini

Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu.
 
Istiadat yang dijadualkan bermula pukul 2.30 petang itu Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Dato' Sri Ismail Sabri Perdana Menteri dilaporkan tidak hadir kerana kuarantin menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.
Jumaat lalu, Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinet termasuk empat menteri kanan di Jabatan Perdana Menteri. Pengumuman itu dilakukan tujuh hari selepas beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka.

Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.
 
Comment