Penjawat awam Sabah, 95% sudah divaksin
18:08 Aug 31, 2021  |  By SabahKini2
Penjawat awam Sabah, 95% sudah divaksin

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 95% daripada 19,104 penjawat awam sudah divaksin. Manakala baki 5% ialah penjawat awam yang yang sedang menunggu giliran dan tidak boleh menerima suntikan vaksin COV

KOTA KINABALU: Jumlah penjawat awam di negeri Sabah yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 kini mencecah seramai 19,104.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, jumlah itu merangkumi 95 peratus daripada seramai 20,109 kakitangan awam negeri.

"Baki lima peratus lagi adalah golongan yang menunggu giliran dan tidak boleh divaksin atas masalah kesihatan," katanya.

Masidi yang juga merupakan jurucakap berkaitan COVID-19 negeri ini berkata sebanyak 16,035 suntikan dos pertama vaksin COVID-19 berjaya dilaksanakan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Dua di seluruh negeri, hari ini.

Ia sekali gus menjadikan seramai 1,526,183 orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di melalui Fasa Dua PICK di Sabah. Manakala untuk suntikan kedua, seramai 23,152 penerima vaksin menerima dos masing-masing hari ini menjadikan seramai 993,163 orang sudah melengkapkan dua dos vaksin menerusi Fasa Dua PICK.

Hari ini, Sabah melaporkan sebanyak 2,310 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 145,249 kes.

Sebanyak 42 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 10 kes di Tuaran, sembilan kes di Kota Kinabalu, tujuh kes di Tawau, empat kes di Sandakan, tiga kes di Beaufort, dua kes di Penampang, Papar dan Keningau. Manakala Kudat, Putatan dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

1 Comment